Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Gaya Hidup

Asyik Lepak Dengan Kawan Je.. Jom Dr. Izzar Ajak Ibu Ayah ‘Lepak’ Dengan Anak-Anak

today11 November 2020

Background

Mak…. Bosanlah duduk rumah! Makkkk……

Ada yang dah habis aktiviti untuk anak-anak? Atau anda kurang masa melayan anak-anak di rumah? Sering kali kita lihat suami kepada selebriti, Ummi Nazeera iaitu Dr. Izzar membuat perkongsian tentang perkembangan anaknya secara tidak langung berkongsi nasihat dan tips tentang anak-anak di akaun Instagram miliknya. Baru-baru ini Dr. Izzar mengajak ibu dan ayah luangkan lebih masa bersama anak-anak sempena Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat dilanjutkan.

Menurutnya, kita akan membantu perkembangan anak-anak sejajar dengan peningkatan umur anak. Namun perlaksanaan PKPB kali ini adalah terhad dan kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah tidak digalakkan untuk keluar ke tempat awam.  Jadi, sebagai ibu dan ayah kita perlu kreatif untuk bantu anak-anak supaya perkembangan sosial mereka dapat berkembang walaupun berada di rumah sahaja.

Dr. Izzar turut berkongsi rasa simpatinya dengan anak-anak kerana tidak dapat keluar bergaul dan bersosial dengan rakan sebaya sepanjang PKPB. Jadi, Dr. Izzar menyarankan ibu dan ayah bermain dan lakukan aktiviti fizikal di rumah untuk mengisi masa anak-anak.

Orang dewasa pun lemas kena duduk rumah, inikan pula si kecil yang tengah asyik bermain. Jadi, jom jadi ibu dan ayah yang hebat dan luar biasa di mata anak-anak! Bukan selalu dapat bekerja sambil duduk rumah main bersama anak-anak. Apa yang penting, boleh buat kerja sambil melayan anak dan pasangan.

Iya, tidak dinafikan situasi bekerja dari rumah adalah salah satu cabaran untuk ibu dan ayah untuk membahagi masa bekerja dan anak-anak tapi kita juga perlu ingat bahawa masa itu pantas dan tidak akan berulang. Apa pun, sama-sama kita duduk rumah untuk putuskan rantaian virus Covid-19!

 

 

Baca juga:

Bunuh Diri Kerana Kerap Lihat Ibu Bapa Bertengkar

Kendong Anak Semasa Ambil Bantuan Makanan, Ardell Sayu Laksana Misi Bantuan Ke Sabah

 

 

 

Sumber: Instagram Dr. Izzar

Written by: Adinna


Previous post

Gaya Hidup

Kucing Ini Buat Part Time Jadi ‘Babysitter’ Tolong Buaikan Anak Orang. Comelnya!

Dari sebelah kaki, jadi dua belah kaki. Video berdurasi 1 minit 54 saat itu telah mendapat hampir 100,000 tontonan dan lebih 6,500 tanda suka di Twitter ketika artikel ini ditulis.Siapa je yang tidak terhibur bila melihat telatah si kucing comel itu, sebab gayanya memang seolah-olah sedang buaikan bayi dengan reaksi mukanya yang serius.Namun, ramai yang berkata sebenarnya kuku kucing itu tersangkut pada kain buaian. Buaian itu adalah buaian automatik dan […]

today11 November 2020

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *