Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Hiburan

TRENDING! Music Video 4 Dara Kak Lina Pom Pom, Zizi Kirana Dan Faizal Tahir Luar Biasa

today12 November 2020

Background

Tak sampai 12 jam upload dah trending!

Absolutely correction! Peminat setia Kampung People akan tahu ayat ini yang sering digunakan oleh Mona lakonan Elly Mazlein. Sekarang lagu 4 Dara tular apabila Elly Mazlein, Zizi Kirana dan Faizal Tahir menyanyikan semula lagu  tradisional tersebut siap dengan video muzik (MV)!

Atas pemintaan ramai, syarikat rakaman Faithful Music telah menggabungkan trio ini untuk lagu berjudul Empat Dara 2020.

Walaupun hanya menggunakan green screen, tapi ia mampu memberikan kelainan kepada MV ini. Latar belakang yang digunakan sangat random dan dekat dengan hati penonton. Rata-rata netizen memberikan komen positif dan menyatakan bahawa gabungan trio ini sangat rare!

Setiap penyanyi dalam MV tersebut melengkapi satu sama lain, di mana Faizal Tahir yang spontan, Kak Lina Kepom yang tak control ayu dan Zizi Kirana telah tunjukkan sisi lainnya.

 

Selain daripada gabungan trio ini mendapat sambutan, bahagian kredit juga telah mendapat perhatian ramai apabila Faithful Music meletakkan element gurau di situ.

Penerbit: My Chinese Friend
Pengurus Produksi: Orangnya kecil-kecil
Makeup: Sepupu Jiran
Budak Prop: Tak Cukup Bajet
Idea Asal: Orang Kampung
Koreografer: Sendiri-sendiri
Penolong Pengarah: Tak Jumpa
Pengarah: Ah Aku Tak Suka Orang Mengarah Aku

Ada yang dah tengok ke MV ini? Part yang mana paling favorite? Apa pun, tahniah kepada Kak Lina Kepom, Zizi Kirana, Faizal Tahir dan team Faithful Music kerana berjaya buatkan sesuatu yang luar biasa!

 

Baca juga artikel menarik lain:

Jatuh dilambung kuda setinggi 8 kaki, Faizal Tahir tetap berdegil

Siapkan Persalinan Dalam Masa 41 Jam, Rupanya Ini Kisah Di Sebalik Baju Dalam MV Tok Ti

 

 

Sumber: YouTube Faizal Tahir

Written by: Adinna


Previous post

vdb

Sukan

Van De Beek Wira Belanda Ikat Sepanyol, Intai Peluang Di Manchester United

Pemain tengah Belanda telah berusaha keras untuk mendapatkan lebih banyak minit di Old Trafford sejak menyertai Manchester United. Donny van de Beek mengatakan waktunya “pasti tiba” di Manchester United untuk beliau menjadi pemain utama pasukan. Dan ketika ini fokusnya adalah untuk terus menujukkan apa yang beliau mampu sumbangkan kepada pasukan. Van de Beek belum memulakan perlawanan di Liga Perdana Inggeris untuk United sejak bergabung dari kelab gergasi Eredivisie, Ajax pada […]

today12 November 2020

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *