Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Hiburan

Penemuan Vaksin COVID-19 Hasil Kerjasama Pasangan Saintis Dari Turki

today12 November 2020

Background

Minggu ini dunia menerima berita baik apabila vaksin COVID-19 dengan kadar keberkesanan sebanyak 90 peratus sudah berjaya dihasilkan. Kredit untuk kejayaan besar ini jatuh kepada pasangan saintis beragama Islam dari Turki, Ugur Sahin (55 tahun) dan Oezlem Tuereci (53 tahun) yang berjaya menemukan vaksin tersebut. Menurut laporan daripada Muslim Mirror, vaksin tersebut akan segera tersedia untuk dipasarkan dan ia merupakan satu kejayaan besar dalam dunia perubatan.

Latar Belakang Pasangan Saintis Turki

Dilahirkan di Turki dan dibesarkan di Jerman, keluarga Ugur Sahin mula bermastautin di Jerman semasa dia berusia empat tahun dan bapanya bekerja di kilang Ford. Menginjak usia dewasa, Ugur kemudian menjadi doktor dalam bidang pengkhususan imunoterapi. Manakala isterinya, Oezlem Tuereci, merupakan ahli lembaga kepada syarikat BioNtech, iaitu syarikat yang menghasilkan vaksin COVID-19. Menurut laporan, BioNTech merupakan syarikat milik Ugur.

Image via:http://muslimmirror.com/

Ugur merupakan lulusan bidang perubatan di University of Cologne pada tahun 1990, dan pada tahun 1993 beliau memperolehi Ph.D. Beliau kemudian menghabiskan lapan tahun berikutnya di Saarland University Hospital dan menjadi profesor pada tahun 2008 semasa bersama fakulti di University of Mainz. 

Beliau mengahwini isterinya pada tahun 2002, dan mereka mempunyai seorang anak perempuan. Dikatakan walaupun pada hari perkahwinan mereka, mereka tetap mencari masa untuk bekerja menyiapkan penyelidikan. Kedua-dua mereka dikatakan amat menyukai bidang penyelidikan dan ia membawa kepada penubuhan syarikat untuk menghasil dan mengembangkan alat imunoterapi bagi penyakit barah. 

Syarikat Mendapat Dana Daripada Bill Gates

Syarikat yang mereka bina juga bukanlah calang-calang apabila Yayasan Bill & Melinda Gates turut membuat pelaburan sebanyak 55 juta dolar dalam syarikat itu. Bagaimanapun, pasangan tersebut tetap dilihat menjalani kehidupan serba sederhana walaupun berada di antara 100 orang terkaya di Jerman. Ugur juga dikatakan masih membonceng basikal lamanya.

Image via: Utusan

Sumbangan mereka terhadap penemuan vaksin COVID-19 merupakan satu peristiwa bersejarah dan sekaligus memberi harapan kepada jutaan pesakit yang menderita akibat wabak tersebut. 

Kini, terdapat lebih 52 juta kes positif COVID-19 di seluruh dunia dengan jumlah kematian hampir 1.3 juta. Kes semakin meningkat, dan vaksin ini adalah harapan untuk memulihkan keadaan dunia.

Baca juga artikel menarik lain:

“Mahalnya..”- Rungut Rakyat Bila Harga Vaksin COVID-19 Didedahkan

Vaksin COVID-19 cetus harapan, persoalan

 

 

 

 

 

Written by: Hamka Rosli


Previous post

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *