Seorang ibu sanggup membunuh anaknya dengan melemaskan mereka untuk menjual organ mereka. Perbuatan itu dilakukan Amanda Sharp-Jefferson, 26 tahun, terhadap dua bayinya di dalam tab mandi semata-mata mencari wang dengan jalan mudah.

Menurut laporan, wanita tersebut dituduh membunuh Rose Singleton yang berusia 12 bulan dan Lily yang baru berusia dua bulan di rumahnya. Manakala bapa mangsa, Jaykwon Singleton dikatakan pulang ke rumah Jumaat lalu dalam keadaan terkejut dengan menemui mayat dua anaknya itu.
Singleton dalam keadaan terkejut menanyakan kepada teman wanitanya apa yang telah dilakukannya itu. Namun wanita itu hanya meminta teman lelakinya mendiamkan diri dan pada satu ketika memberitahu bahawa organ bayi itu ‘bernilai tinggi.’

Dalam pada itu, polis yang menerima panggilan kecemasan bergegas ke tempat kejadian sebelum mendapati dua beradik itu sudah meninggal dunia. Menurut polis, Sharp-Jefferson memberitahu bahawa dia akan memperolehi duit yang banyak hasil daripada penjualan organ dalaman dua anak perempuannya.
Dia dibawa ke balai polis bagi mengelakkan berlaku kejadian tidak diingini terutama daripada keluarga Singleton yang marah dengan kejadian itu. Singleton turut mengakui dia menyedari kekasihnya berperangai pelik sejak dua minggu lalu.

Sebelum itu, Sharp-Jefferson turut memberitahu pihak polis bahawa dia ada menonton sebuah filem yang menunjukkan bagaimana seseorang boleh memperolehi wang dengan menjual organ tubuh manusia.
Baca juga artikel menarik lain:
Dipercayai Bunuh Rakan Sendiri Kerana Tidak Puas Hati Disindir
‘Tiada Penyesalan’ – Banduan Bunuh 48 Banduan Lain Dan Ingin Membunuh Lagi
Sumber daripada: Daily Mirror
Post comments (0)