Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Gaya Hidup

Ketagihan Vape, Ibu Mengandung Berisiko Keguguran & Bayi Boleh Lahir Cacat

today16 November 2020

Background

Baru-baru ini kecoh di sosial media mengenai seorang selebriti mempromosi rokok elektronik atau vape di ABPBH33. Vaper di Malaysia tidak terhad kepada golongan lelaki sahaja dan ibu hamil juga ada yang termasuk dalam kumpulan ini. Mungkin mereka lebih berani untuk mecuba sebab ia miliki pelbagai jenis perisa untuk digunakan.

Ada yang berpendapat bahawa kesan vape ini kurang bahaya. Namun, pihak kesihatan telah menjelaskan ia turut berupaya untuk menjejaskan kesihatan tubuh.

via GIPHY

Kandungan bahan kimia dalam cecair vape seperti nikotin, bahan pengawet, propilen glikol (penyebab iritasi mata dan paru-paru)  akan terbentuk dan berpotensi menjadi bahan beracun apabila ia dipanaskan dengan suhu tinggi.

Ibu yang sedang hamil yang merokok akan menyebabkan risiko kelahiran pramatang, berat bayi lahir rendah, kecacatan lahir dan bahkan kematian bayi. Oleh itu, ramai wanita hamil mencari alternatif dengan menggunakan vape. Hakikatnya, risiko kesihatan ibu hamil yang merokok dan penggunaan vape adalah tidak jauh beza.

Ini antara langkah-langkah yang mungkin dapat membantu ibu-ibu untuk berhenti vape:

  1. Ingat alasan utama berhenti vape

  2. Cari orang yang boleh menjadi penasihat

  3. Cari alternatif lain seperti mengambil buah-buahan, mengunyah gula-gula getah atau lekakan diri dengan aktiviti berfaedah.

Ya, bukan mudah untuk kita berhenti buat sesuatu yang sudah menjadi tabiah harian. Namun, anggaplah ini satu cabaran untuk kebaikan bayi dan ibu sendiri.

 

 

Baca juga artikel menarik lain:

Nasihat ‘Rare’ Untuk Ibu Hamil

Awas Risiko Kecacatan Bayi Jika Ambil Produk Kecantikan Ketika Mengandung

 

 

 

Sumber: RuangMom

Written by: Adinna


Previous post

Buletin

Baru tiga hari kenal, dah ikut lelaki…

Alor Setar: Baru tiga hari kenal, seorang remaja perempuan sudah berani mengikut lelaki yang baru dikenalinya ke sebuah bilik sewa di Jalan Langgar, di sini. Difahamkan, sebelum itu, pelajar tingkatan satu terbabit memberi alasan kepada ibunya hendak keluar sebentar sebelum mengikut lelaki yang dikenali melalui WhatsApp selepas diperkenalkan oleh rakannya. Bilik yang agak sempit dan padat itu dipercayai disewa pada harga RM50 semalam oleh salah seorang lelaki. Bagaimanapun, remaja berusia... […]

today16 November 2020

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *