Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Hiburan

Isteri Sibuk Bekerja, Zahiril Adzim Kongsi Betapa Sibuknya Buat Kerja Rumah

today20 November 2020

Background

Kemenangan pelakon Zahiril Adzim dalam kategori Pelakon Filem Lelaki Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-33 baru-baru ini mengejutkan ramai peminatnya.

Dalam kemenangan tersebut, pelakon berusia 36 tahun ini tetap perlu menjalani rutin seorang suami seperti kebanyakan lelaki.

Lebih-lebih lagi apabila ketiadaan isteri di rumah, sudah pasti si suami pula perlu menguruskan segala hal di rumah.

Sumber: instagram

Apa yang menjadi perhatian kami apabila sebuah video dimuat naik oleh Zahiril tentang kerja-kerja rumah yang perlu diuruskan semasa ketiadaan isterinya, Shera Aiyob atas urusan kerja.

Menurutnya, sudah dua hari isterinya perlu keluar berkerja untuk sesi penggambaran dan selama dua hari itulah dia perlu menguruskan rumah antaranya melipat kain, menguruskan anak, cuci pinggan, memikirkan tengah hari nak makan apa, mengawasi pergerakan anak ketika ada kelas atas talian dan banyak lagi!

View this post on Instagram

 

A post shared by Zahiril Adzim (@zahiriladzim)

Lebih melucukan lagi apabila isterinya mengingati Zahiril masih ada lagi saki-baki baju di bahagian bilik belakang masih belum berlipat dan meminta untuk melipat dengan kemas.

Baru dua hari, siap buat video. Kalau hari-hari kena buat, acaner tu? Hiks! Apa pun, semoga semua pasangan suami isteri yang baca artikel ini berbahagia sama-sama dalam membantu menguruskan kerja-kerja rumah.

 

 

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja disini:

Konsep ‘RKE’ Sebagai Panduan Mengurus Anak Di Rumah Sepanjang Tempoh PKPB

Sekumpulan Nenek ‘Berperang’ Dengan Monyet Liar Di Jepun

 

 

 

 

Sumber: instagram

Written by: Afiqa Sarif


Previous post

Gaya Hidup

Sebab Selekeh Suami Curang, Wanita Ini Nekad Berubah Jadi Cantik Persis Anak Dara

Di dalam video yang berdurasi hampir 1 minit tersebut, wanita bernama Mutiara itu sedih apabila mendapat tahu suaminya curang, sedangkan dia berusaha sebaik mungkin untuk jadi isteri dan ibu yang terbaik untuk keluarga kecilnya."Selepas berkahwin, aku tak ada masa nak uruskan diri. Uruskan anak je 24 jam, buat business online, kurang tidur. Rasa macam nak nangis dan stress sangat masa tu. Aku cuba tunjuk kuat depan dia, tapi ternyata dia […]

today20 November 2020

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *