Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Buletin

Guru ‘Kanibal’ Umpan Mangsa Melalui Portal ‘Online Dating’ Sebelum Bunuh Dan Makan Dagingnya!

today23 November 2020

Background

Satu jenayah yang meloyakan apabila pembunuhan yang dilakukan berakhir dengan si penjenayah memakan daging mangsanya. Baru-baru ini di Berlin pihak polis telah menahan seorang guru matematik yang dipercayai membunuh seorang lelaki dikenalinya menerusi forum sembang popular dalam talian sebelum memakan daging mangsa.

Image via:https://www.dailymail.co.uk/

Menurut laporan, pasukan penyiasat mengenal pasti suspek lelaki dikenali sebagai Stefan R, 41 tahun, selepas laporan kehilangan seorang lelaki bernama Stefan T sejak 5 September lalu.

Misteri kehilangan lelaki itu pertama kali diketahui dalam keadaan yang agak mengejutkan selepas orang awam menemui tulang kaki manusia di sebuah taman di tengah bandar raya. Hasil ujian asid deoksiribonukleik (DNA) mengesahkan ia adalah milik Stefan T, 44 tahun.

Image via:https://www.bbc.com/

Bagaimanapun, hasil daripada penemuan tulang kaki manusia itu, kedua-dua pasukan pencarian dimulakan dari dua lokasi berlainan di Berlin. Pencarian tersebut dipandu dengan anjing pengesan, dan berjaya menjejak lokasi kejadian iaitu di sebuah apartmen yang dihuni oleh guru matematik tersebut.

Apa yang mengejutkan adalah apabila pihak berkuasa menemui peti sejuk dengan kesan darah manusia dan gergaji tulang di unit apartmen guru terbabit. Selain itu, mereka turut menemui bahan kimia pencuci seberat 25 kilogram di ruang penyimpanan minuman keras di kediaman itu.

Penjenayah Mempunyai Nafsu Gila…

Ketika disoal polis, Stefan R mendakwa bahan kimia yang ditemui pihak berkuasa itu untuk pembuatan sabun. Alasan yang kurang bijak nampaknya. Bagaimanapun, selepas menyiasat secara terperinci transkrip perbualan antara kedua-dua lelaki berkenaan, pihak polis mendapati mereka berdua sudah bersetuju untuk berjumpa.

Image via:https://www.bbc.com/

Selain itu, pihak polis turut menggeledah komputer peribadi Stefan R dan menjumpai beberapa carian secara atas talian berkenaan cannibalism. Dia turut membuat pencarian tentang sama ada seseorang itu masih boleh hidup ataupun tidak sekiranya kemaluannya dipotong habis.

Hasil siasatan terperincit, pihak polis merumuskan Stefan R telah memakan sebahagian anggota badan mangsanya. Selain itu, suspek dipercayai melupuskan sebahagian anggota badan mangsa di bilik mandi. Pihak polis menyesyaki bahawa Stefan T merupakan mangsa kanibal…

Kes tersebut yang bermula daripada kes orang hilang akhirnya bertukar menjadi kes pembunuhan tragis. Dalam pada itu, Stefan R dikatakan telah ditahan reman untuk siasatan lanjut.

 

 

Baca juga artikel menarik lain:

Tsutomu Miyazaki – Vampire Sebenar Paling Jijik Di Jepun!

Kejam! Sanggup Bunuh Dua Anaknya Untuk Dapatkan Duit Dengan Menjual Organ Mereka

 

 

 

 

 

Sumber daripada: Harian Metro

Written by: Hamka Rosli


Previous post

JDT Subway

Sukan

JDT Umumkan Kerjasama Dengan Subway, Sebuah Kedai Akan Dibuka Di Stadium Sultan Ibrahim Tahun 2021

Kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) melalui kenyataan rasmi dilaman sosial mereka telah mengumumkan satu kerjasama terbaru bersama francais makanan yang terkenal dari Amerika Syarikat iaitu Subway. Menurut kenyataan itu lagi, sebuah kedai Subway akan dibuka di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri pada tahun hadapan. Johor Darul Ta'zim FC (JDT) have tied-up a deal with American franchise Subway. The sandwich company will open a store at the Sultan Ibrahim […]

today23 November 2020

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *