Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Hiburan

Wanita Ini Cari Menantu Suka TikTok, Ramai Tawarkan Diri

today23 November 2020

Background

Wah! Lepas ini mungkin ramai guna cara ini untuk cari jodoh untuk anak-anak. Baru-baru ini viral di media sosial video seorang wanita mahu mencari menantu untuk anak perempuannya. Video tersebut dimuat naik di laman TikTok mengundang banyak perhatian netizen terutamanya ‘buaya darat’. Mana tidaknya, anak perempuannya cantik ya, patutlah panjang ‘senarai menunggu’ tawar diri nak jadi menantu.

Video itu mendapat lebih 6 juta tontonan dan lebih 5oo ribu likes. Video tersebut juga telah dimuat naik pengguna @yurikegavriel pada 22 November 2020 yang menunjukkan si ibu merakam video anak perempuannya yang sedang membuat video untuk akaun TikTok di mana gadis itu menari dan ketawa.

@yurikegavrielmertua gaul cari menantu check hehe @laviolaneta ##papichulo ##fyp ##fypdongggggggg♬ Papi Chulo Koplo Version – DRXML

Dalam video itu, ibunya hanya tersenyum melihat gelagat anaknya yang sibuk menari dan ketawa. Syarat-syarat untuk menjadi menantunya juga diletakkan di dalam video iaitu lelaki itu haruslah seorang yang ceria, suka TikTok, rajin bekerja dan penyabar.

Netizen pun apa lagi, ramai yang tertarik lalu menawarkan diri untuk menjadi menantunya. Ada juga yang belum apa-apa sudah mula memanggil wanita itu sebagai ‘mak’. Amboi.. pantas ya bro!

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Gadis TikTok Berjaya Buat Bapa Ceraikan Ibu Tiri

‘Watch At Your Own Risk’ – Tular Filem Seram Di TikTok Sehingga Membuatkan Ramai Trauma

 

 

 

Sumber: TikTok @yurikegavriel

Written by: Adinna


Previous post

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *