Legenda bola sepak Argentina, Diego Maradona menghembuskan nafas terakhirnya pada umur 60 tahun. Perkara itu disahkan sendiri oleh ejennya Matias Morla kepada ESPN Argentina. Maradona sebelum ini dikejarkan ke hospital untuk menjalani pembedahan. Pembedahan itu disahkan berjaya pada November lalu.
RIP to Maradona.
One of the greatest to ever do it. pic.twitter.com/ckjp4phx1F
— Barstool Sports (@barstoolsports) November 25, 2020
Bagaimanapun, Beberapa jam sebelum kematian Maradona, media Argentina melaporkan bekas bintang itu mengalami masalah kesihatan yang teruk dan dirawat oleh doktor persendirian di rumahnya. Ia merupakan berita yang sangat sedih buat dunia bola sepak kerana kehilangan legenda yang tidak ada gantinya.
Diego Maradona has died at the age of 60, his longtime lawyer and agent has confirmed.
• Played in 4 World Cups
• Won 1986 World Cup and Golden Ball
• Won 9 club titles with Boca Juniors (1), Barcelona (3) and Napoli (5)One of the all-time greats. pic.twitter.com/yv0WtvLDsU
— ESPN (@espn) November 25, 2020
Menurut laporan, pembedahan yang dijalani oleh Maradona adalah untuk mengeluarkan darah beku daripada bahagian otak beliau. Doktor peribadi Maradona iaitu Dr. Leopoldo Luque turut mengeluarkan kenyataan berkenaan perkara tersebut dan menyatakan tidak ada apa yang perlu dirisaukan tentang prosedur tersebut.
Selain itu, Maradona turut dilaporkan kerap dimasukkan ke hospital kerana kondisi kesihatannya yang agak membimbangkan. Dikatakan sejarah penyalahgunaan dadah dan arak menjadi punca kepada masalah kesihatannya yang serius. Malah, sebelum ini Maradona pernah mengalami dua serangan jantung dan dijangkiti hepatitis. Bagaimanapun, beliau terus berjuang melawan penyakitnya ketika itu.
Pemain Terbaik Sepanjang Zaman!
Pemenang Piala Dunia 1986 itu baru sahaja meraikan ulang tahunnya yang ke-60 beberapa minggu lalu. Maradona dianggap sebagai salah seorang pemain terbaik sepanjang zaman dan seringkali dibandingkan dengan Pele sebagai pemain terhebat sepanjang zaman.
Diego Maradona has died at the age of 60, his longtime lawyer and agent Matias Morla confirmed.
The World Cup-winner was recently hospitalized and underwent brain surgery and was released on Nov. 11. pic.twitter.com/T58i4RVDFH
— SportsCenter (@SportsCenter) November 25, 2020
Beliau mengetuai Argentina dan Napoli menggapai kegemilangan dalam sejarah bola sepaknya. Selain itu, beliau cukup terkenal dengan gaya permainan yang lincah dan ketajaman di hadapan gawang gol pihak lawan.
Bagaimanapun, ramai yang tak tahu sebenarnya legenda bola sepak dari Argentina ini pernah bertemu dengan legenda bola sepak dari Malaysia, iaitu Mokhtar Dahari.
Pernah Lawan Pasukan Selangor Dan Tukar Cenderamata Dengan Mokhtar Dahari
Ia merupakan satu peristiwa bersejarah yang ramai tak tahu, terutamanya generasi muda. Pada 14 Januari 1982, bertempat di Stadium Merdeka Kuala Lumpur, telah tercatat dalam sejarah arena bola sepak Malaysia yang mana Mokhtar Dahari menjadi antara pemain Malaysia pertama yang dapat bermain dengan legenda bola sepak dunia, Diego Maradona. Ketika itu menyaksikan kedua-dua pemain legenda ini bertukar cenderamata.
— Padang Bola Sepak ?? (@padangbolasepak) November 25, 2020
Mereka bertemu dalam satu perlawanan persahabatan di Malaysia iaitu empat tahun sebelum Maradona menjadi superstar dan terkenal pada Piala Dunia Mexico 1986 dengan mengemudi Argentina merangkul gelaran Juara dunia FIFA 1986. Kejuaraan FIFA 1986 itu jugalah tercatat sejarah ‘Hand of God’ dan gol kontroversi Maradona.
Perlawanan di Stadium Merdeka Kuala Lumpur yang kini dianggap bersejarah adalah perlawanan persahabatan diantara pasukan pilihan Selangor yang diketuai oleh Mokhtar Dahari dengan kelab terkenal Argentina Boca Juniors yang diketuai oleh Diego Maradona yang ketika itu berumur 21 tahun. Perlawanan itu menyaksikan Boca Juniors menang 2-1.
Maradona Akui Mokhtar Dahari Sebagai Pemain Terbaik Asia
Sebenarnya Maradona juga pernah mengeluarkan kenyataan bahawa salah seorang pemain Asia yang hebat pernah beliau jumpa adalah Mokhtar Dahari. Ia mungkin satu perkara yang patut kita banggakan apabila mendapat pengiktirafan sebegitu daripada salah seorang legenda bola sepak dunia. Itu mungkin sedikit kenangan yang ditinggalkan oleh Maradona dalam arena bola sepak negara kita yang menyaksikan dua legenda bertemu. Semoga lebih ramai legenda dilahirkan selepas ini, setanding ‘Supermokh.’

Selamat tinggal selamanya, legenda!
Baca juga artikel menarik lain:
Spectator Sukan – Apa Risiko Sebenar Jangkitan COVID-19 Terhadap Orang Yang Bersukan?
Post comments (0)