Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Hiburan

“Eh nampak baby bump laa..” Sekali Lagi Tok Ti Dikatakan Sedang Mengandung

today30 November 2020

Background

Sebelum ini tular berita penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza (Tok Ti) sedang hamil anak kedua apabila satu video perkongsiannya dia Instagram menarik perhatian peminatnya dan selepas beliau mengambil keputusan berehat dari industri seni, semakin ramai pula netizen membuat spekulasi bahawa beliau sedang hamil anak kedua.

Terbaharu, keluarga Datuk Seri Khalid (Datuk K) dan Tok Ti pergi menyambut ulang tahun kelahiran menantu, Alyssa Hisham dan isteri kepada Ashraf Khalid, Tya Arifin telah berkongsi beberapa video di Insta-story Instagram miliknya yang telah membuatkan netizen tak senang duduk.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Tya Arifin (@tyaarifinnw)

Majlis tersebut telah dihadiri oleh seluruh keluarga Datuk Seri K dan Tok Ti termasuk juga bekas isteri Datuk K iaitu Datin Tengku Zawyah Tengku Izham yang juga telah berkongsi beberapa video pendek yang menampakkan susuk tubuh Tok TI yang telah menyebabkan netizen berkata Tok Ti kelihatan lebih berseri dan sedikit berisi dengan bentuk badan yang seakan mempunyai baby bump.

Kini Siti Aafiyah sudah pun berusia dua tahun, Tok Ti sekitar bulan Februari lalu ada mengaku kepada sebuah portal akan kembali menjalani rawatan IVF dalam usahanya memperoleh zuriat kedua.

Andai sekarang Tok Ti sedang hamil, kita ucapkan semoga semuanya berjalan lancar, dan kalau khabar kehamilan yang dihebohkan ini hanya sebuah gosip, sama-sama kita doakan penyanyi kegemaran ramai ini memiliki anak lagi.

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Siapkan Persalinan Dalam Masa 41 Jam, Rupanya Ini Kisah Di Sebalik Baju Dalam MV Tok Ti

Peminat Dari Nigeria Ini Sebak & Terharu Bila Tahu Tok Ti Repost Video Reaksi Miliknya

 

 

 

Sumber: Instagram Tya Arifin

Written by: Adinna


Previous post

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *