Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Buletin

Hujung Minggu Ini Golongan OKU Boleh Naik Tren Secara Percuma!

today3 December 2020

Background

Setiap tahun 3 Disember telah diiktiraf sebagai sambutan Hari Orang Kurang Upaya (OKU) sedunia.

Bersempena sambutan ini, Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) memberikan golongan OKU perkhidmatan tren secara percuma selama dua hari iaitu Sabtu dan Ahad pada minggu ini.

Dalam satu kenyataan hari ini, Prasarana memaklumkan tawaran itu diberikan kepada seluruh rakyat Malaysia yang memiliki kad rasmi OKU dikeluarkan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).

Sumber: myrapid

Malah, tambang percuma untuk menggunakan perkhidmatan rel Rapid KL ini akan turut diberi kepada seorang pembantu OKU terbabit.

Perkhidmatan tren percuma ini membabitkan semua rel kendalian Rapid KL meliputi Transit Aliran Ringan (LRT) laluan Ampang/Sri Petaling dan Kelana Jaya, Monorel serta Transit Aliran Massa (MRT) laluan Kajang.

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Anggota Polis Bantu Orang OKU Buat Laporan Polis Dapat Pujian

Lima tahun bantu rakan OKU

 

Sumber: BH

Written by: Afiqa Sarif


Previous post

Sukan

Lewis mahu ikut jejak Tyson

London: Lennox Lewis mengakui dia mungkin membuat keputusan sensasi dengan kembali bertarung kerana ada 'urusan' yang belum diselesaikan dengan musuh lama heavyweight, Riddick Bowe. Selepas Mike Tyson dan Roy Jones kembali bertarung dengan gabungan usia 105 tahun pada aksi pertunjukan Sabtu lalu, bekas juara dunia, Lewis memberi bayangan mungkin giliran dia kembali ke gelanggang selepas ini. Lewis kelahiran British berusia 55 tahun berkata kepada BT Sport: "Pasti! Maksud saya, ia […]

today3 December 2020

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *