Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Buletin

“Ini Baru Betul Kita Panggil Pengantin COVID..” Pasangan Berkahwin di Pusat Rawatan Covid-19

today8 December 2020

Background

Kebanyakan negeri di Malaysia sudah dibenarkan untuk rentas daerah dan ia merupakan satu berita baik buat bakal pasangan pengantin untuk mengumpulkan semula ahli keluarga yang sudah lama tidak berjumpa. Ramai bakal pengantin pening kepala uruskan proses perkahwinan mereka sepanjang pandemik Covid-19 melanda. Ada yang terpaksa menunda ke satu tarikh ke satu tarikh, ada yang terpaksa kahwin sambil dilihat keluarga melalui panggilan video dan ada juga yang berkahwin tanpa keluarga di sisi.

Namun, satu pasangan pengantin di Shahbad, India telah berjaya menarik minat ramai orang apabila mereka melangsungkan perkahwinan dengan memakai peralatan perlindungan diri (PPE) di salah satu pusat rawatan Covid-19 di sana. Wow, kreatif! Tak perlu tunda dan jimat duit sebab tidak perlu beli baju pengantin.

Upacara perkahwinan mereka diadakan di tempat tersebut berikutan pengantin perempuan telah disahkan positif Covid-19 pada hari perkahwinan mereka. Satu video telah dikongsi, menunjukkan pasangan tersebut memakai PPE sambil melafaskan ikrar perkahwinan.

Pengantin lelaki turut meneruskan tradisi masyarakat mereka dengan memakai serban di atas PPE bersama sarung tangan manakala pengantin perempuan pula mengenakan pelindungan muka dan sarung tangan. Upacara perkahwinan tersebut turut di hadiri beberapa tetamu yang juga memakai PPE.

Pelbagai langkah perlu diambil sekiranya anda mahu melangsungkan perkahwinan semasa pandemik ini masih belum berakhir. Walaupun sudah menjadi tradisi masyarakat kita untuk salam bersalaman ketika berjumpa yang lebih berusia, namun untuk menjaga keselamatan masing-masing perlulah mengikut SOP yang telah ditetapkan.

 

 

Baca juga:

Bakal Pengantin Tidak Perlu Kursus Pra Perkahwinan

Penangan PKPB, Majlis Nikah Kawasan Klang Ditangguh!

 

 

 

 

 

Sumber: Mstar

Written by: Adinna


Previous post

Gaya Hidup

[VIDEO] “Dugaan & Kenangan” – Pengantin Cedok Air Banjir Dalam Rumah Curi Tumpuan Netizen

Cuaca yang baik juga adalah salah satu aspek yang penting dalam majlis perkahwinan. Namun, semua itu telah ditetapkan oleh Allah SWT kerana Dia adalah sebaik-baik perancang.Umum sedia maklum, sejak kebelakangan ini cuaca tidak begitu baik dan banjir kerap berlaku di sesetengah tempat akibat hujan lebat.Begitulah nasib yang dialami oleh sepasang pengantin baru ini apabila mereka terpaksa membersihkan rumah yang banjir sebaik saja selesai majlis pernikahan.Di bawah adalah video yang... Klik […]

today8 December 2020

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *