Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Gaya Hidup

‘Bukan Semua Orang Segar Lepas Minum Kopi’ – Ketahui Cara Elak Terlelap Ketika Memandu

today8 December 2020

Background

Isu mircrosleep atau terlelap sebentar ini mungkin merupakan isu terpencil, namun ia mampu memberi kesan buruk terhadap pengguna jalan raya. Kadang-kadang semasa memulakan perjalanan itu kita rasakan badan kita seperti bertenaga untuk memandu, namun di separuh jalan tiba-tiba kita rasa mengantuk. Apa yang bahaya tentang microsleep pula adalah ia boleh terjadi kepada sesiapa sahaja.

 

Mungkin ada di antara kita yang minum kopi atau minuman bertenaga untuk elak rasa mengantuk ketika memandu. Ada juga yang suka mengunyah makanan ringan untuk hilangkan ngantuk, atau mungkin tidur dahulu sebelum memulakan perjalanan. Pelbagai cara sebenarnya boleh dilakukan untuk mengelakkan microsleep daripada terjadi.

Microsleep Tidak Sama Dengan Tidur

Melalui perkongsian bersama Dr. Hijaz Ridwan, Pegawai Perubatan Jabatan Psikiatri Dan Kesihatan Mental, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, beliau menyatakan bahawa microsleep adalah satu keadaan di mana diri kita terlelap bagi tempoh 5 hingga 10 saat. Bagaimanapun ia tidak sama keadaannya seperti kita tidur. Semasa microsleep berlaku, tubuh badan kita sebenarnya masih berada dalam keadaan sedar di mana fungsi motor badan masih berfungsi.

Image via:https://www.alaskasleep.com/

Bagaimanapun, ia masih satu tindakan luar sedar yang mana kita tidak ingat apa yang kita lakukan atau apa yang berlaku sewaktu kita microsleep. Selain rasa mengantuk, tidak sedar dengan apa yang kita lakukan juga merupakan tanda-tanda microsleep. Ia juga dikatakan boleh berlaku kepada sesiapa sahaja walaupun orang tersebut sihat tanpa sebarang penyakit. 

Apa Yang Boleh Dilakukan Untuk Elak Microsleep?

Risiko untuk mendapat microsleep adalah tinggi apabila kita berada dalam keadaan penat. Selain itu, memandu pada waktu yang biasa kita tidur juga akan triggered rasa mengantuk itu. Contohnya kita selalu tidur pada waktu siang, jadi rasa mengantuk itu akan datang sewaktu kita memandu pada waktu siang. Menurut Dr. Hijaz, ia adalah sesuatu yang normal.

Bagaimanapun, apakah cara mengelakkan ia daripada berlaku adalah dengan elak daripada memandu pada waktu tidur kita. Jika kita sering tidur pada jam 12 malam, pandulah kereta sebelum waktu tersebut. Selain itu, boleh juga dapatkan co-pilot untuk menemani anda sepanjang pemanduan dan gantikan anda sebagai pemandu bila anda mengantuk. 

Menurut Dr. Hijaz lagi, peminuman kopi untuk elak rasa mengantuk sebenarnya bergantung kepada individu tersebut. Ada orang yang sudah terbiasa minum kopi, jadi kesan kafein untuk hilangkan rasa ngantuk itu tidak begitu memberi kesan. 

Cara Terbaik Hadapi Kecemasan Sewaktu Tersedar Daripada Microsleep

Menurut Datuk Ir Mohamad Dalib, Penasihat Automotif yang juga merupakan Pengarah Kejuruteraan JPJ Malaysia, perkara pertama perlu dilakukan dalam keadaan cemas sewaktu tersedar daripada microsleep adalah jangan panik. Kalau kita panik dan cemas, ia akan meningkatkan risiko kita terbabas. Selain itu, elakkan menekan break dalam keadaan cemas secara mengejut kerana dikhuatiri kenderaan berpusing. Manakala cara yang selamat pula adalah dengan menekan break kaki dan break tangan secara serentak supaya kereta dapat berhenti dengan lebih terkawal. Tambah beliau lagi, microsleep boleh dielakkan sekiranya kita berhenti berehat setiap kali melepasi 100 kilometer pemanduan. 

Semoga perkongsian ini dapat dijadikan panduan untuk kita elak diri kita daripada microsleep. Untuk dengarkan lebih lanjut perbincangan ini, klik saja di sini.

 

 

 

 

 

 

Written by: Hamka Rosli


Previous post

129200126_1097213084045334_3708577387048550445_o

Sukan

Pemilik PJ City Percaya Dengan Kemampuan Pemain Tempatan, Sasar Kedudukan Lima Terbaik Liga Super 2021

Pemilik kelab bola sepak Petaling Jaya City (PJ City FC), Dato Sri Vijay Eswaran memahami keluhan jurulatih skuad kebangsaan yang tidak mempunyai penyerang tempatan berkualiti kerana kebanyakan pasukan Liga Super lebih mengutamakan pemain import di posisi tersebut. Justeru itu, beliau terfikirkan idea untuk membarisi pemain tempatan sepenuhnya tanpa kelibat pemain import dalam saingan Liga Malaysia musim depan. Langkah itu juga memberi kelebihan kepada PJ City untuk menjimatkan kos operasi... Klik […]

today8 December 2020

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *