Cuba ingat balik, pernah tak nampak kelibat van ambulans di mana-mana stesen minyak untuk mengisi minyak petrol? Selalu nampak van ambulan memecut laju atas jalan raya menyelamatkan mereka yang dalam kecemasan.
Pernah terfikir tak bila agaknya van ambulans isi minyak? Sebuah video tular di twitter yang menunjukkan penerangan ringkas dari salah seorang pekerja hospital.
Rupanya selama ni cara penggendalian enjin van ambulans sedikit berbeza dengan kenderaan lain. Jom lihat video berikut apa yang berbeza tu.
Kesian aku baru tau ambulans sebenarnya tak pakai minyak 🤕 pic.twitter.com/o7Xuf49hkg
— YM MELUR (@sashabalqis) December 8, 2020
Bagaimanapun, terdapat satu ciapan twitter yang mengatakan video di atas adalah satu pembohongan. Menurut pengguna twitter yang menggunakan nama samaran @imanazlan11 caj tersebut adalah untuk mengecas barangan keperluan asas dalam van ambulan tersebut.
Semua kena kencing dengan brader ni lol https://t.co/Ny9zicQssO
— Iman Azlan (@ImanAzlan11) December 8, 2020

Dalam pada masa yang sama juga, ada pengguna twitter berkongsi rakaman video van ambulans mengisi minyak di salah sebuah stesen minyak.
Nah ambulans yg sbenar isi minyak pic.twitter.com/QtoLRgfeAX
— Farihin Mandagie (@farihinosteo) December 9, 2020
Tidak kira cara macam mana sekalipun van ambulans isi minyak, kami dari Kool FM mengharapkan pengguna jalan raya lebih prihatin dalam memberi ruang jika terdapat van ambulans membunyikan siren tanda kecemasan untuk ke tempat kejadian.
Untuk bacaan lebih menarik, kliks saja senarai artikel berikut:
Mahkamah Agung AS enggan batalkan kekalahan Trump di Pennsylvania
K. Devan Mahu Bawa Negeri Sembilan Kembali Ke Liga Super 2022
Sumber: twitter
Post comments (0)