Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Gaya Hidup

Walaupun Digelakkan Pakai Baju Macam Valak, Tapi Suara Aina Abdul Tetap Padu!

today16 December 2020

Background

Tahniah diucapkan kepada finalis yang mara ke Anugerah Juara Lagu ke-35. Persembahan yang mantap dan menarik telah diberikan dan rata-rata peminat berpuas hati dengan keputusan juri. Namun, ada satu persembahan telah mendapat perhatian netizen iaitu lagu berjudul Semalam oleh Aina Abdul.

Aina telah menggayakan busana warna hitam putih hasil rekaan Syamil Fazwan. Menurut Aina, penampilan itu menggambarkan dirinya sebagai wanita yang sudah lama meninggalkan masa silam. Dia yang suka bereksperimen dengan fesyen tidak kisah dirinya terima kecaman netizen kerana setiap pakaian yang digayakan ada maksud yang tersirat.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by AINA ABDUL (@ainaabdul)

Walaupun Aina sudah boleh agak yang penampilan malam persembahan SFMM35 itu bakal disamakan watak Valak, tapi ia tidak mengganggu fokus dalam nyanyiannya. Dia juga telah meminta maaf sekiranya penampilannya tersebut telah membuat orang yang melihat berasa seram.

Dalam perkongsiannya di Instagram, Aina meluahkan rasa syukur apabila lagu ciptaannya sendiri telah terpilih ke peringkat akhir AJL35. Dia juga luahkan rasa syukur berjaya melayakkan diri ke pentas besar ini. Sebagai penyanyi baru, ini adalah satu penghargaan yang sangat tinggi buatnya.

Jika dilihat diruangan komen Instagram miliknya, rata-rata peminatnya mengucapkan tahniah dan berharap Aina akan menang di AJL35. Menurut Aina, kelab peminatnya, Ainations telah menjadi nadi dan pembakar semangat untuknya terus melangkah. Tahniah Aina! Pakai baju macam mana pun, suara tetap mantap!

 

 

Baca juga:

Fesyen Baju Artis ABPBH33 Buat Netizen Hilang Kata-Kata

Aina mahu bawa Semalam ke AJL35

 

Sumber: Instagram Aina Abdul

Written by: Adinna


Previous post

Gaya Hidup

[VIDEO] “Macam Penguin Jalan” – Lelaki Ini Cuba Kayuh Motor Depan Geng Basikal Bikin Dekah

Namun, apa yang lebih melucukan adalah semasa dia terjumpa dengan geng basikal terbabit, muncul satu idea untuk 'membahan' mereka.Lelaki berkenaan kelihatan sedang mengayuh di atas motosikalnya tatkala melintasi geng basikal terbabit walhal dia sebenarnya sengaja meniru aksi mereka.Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 229.2k views, 16.5k likes dan 188 comments.

today16 December 2020

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *