Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Gaya Hidup

Derma Sperma Sebagai Hobi, Kini Dia Miliki 23 Orang ‘Anak Segera’

today18 December 2020

Background

Aneh tapi kejadian ini benar berlaku! Seorang lelaki Vietnam berusia 40 tahun telah menderma spermanya dan  kini miliki 23 orang anak hasil dari sperma yang didermanya kepada wanita Australia dalam masa setahun. Hebat ya dalam masa setahun saja lelaki ini mampu ‘mengandungkan’ wanita menerusi sperma yang didermakannya.

Menurut laporan, Alan Phan merupakan satu-satunya lelaki berketuranan Vietnam yang menderma spermanya di klinik IVF yang dikenali sebagai klinik Number 1 Fertility yang terletak di Melbourne, Australia. Keputusannya untuk menderma sperma berlaku selepas melawati klinik persenyawaan bersama isterinya untuk cuba mendapatkan anak kedua mereka.

Pada mulanya, Alan menyangkakan dirinya mandul tetapi setelah membuat pemeriksaan yang dirinya tidak mempunyai masalah, kemudian membuat keputusan untuk menderma sperma kepada wanita yang ‘memerlukannya’. Apabila berita mengenai sperma Alan tersebar, ramai wanita beratur mahukan sperma dari Alan kerana etnik asia dan peratusan untuk memiliki zuriat sangat tinggi.

Bagaimanapun, undang-udang Victoria menghadkan seorang lelaki hanya boleh menderma sperma kepada 10 orang wanita sahaja. Oleh itu, Alan memilih untuk meneruskan perniagaan derma spermanya di luar klinik. Alan mula berasa sukar untuk menolak permintaan sesetengah wanita yang inginkan zuriat.

Alahai, apa agaknya perasaan isteri Alan melihat perbuatan suaminya?

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

5 Tahun Berkahwin, Baru Tahu Air Mani Suami Tak Ada Sperma

Penderma Sperma Terkejut 9 Bayi Dihasilkan Tanpa Persetujuan

 

 

 

Sumber: Oh My Media

Written by: Adinna


Previous post

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *