Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Hiburan

Ramai Pertikai Tindakan Usahawan Muda Ini Rakam Video Jenazah Rakan Sehingga Pengebumian

today23 December 2020

Background

Siapa je tak kenal dengan usahawan muda, Hafiz Mahamad yang sering memuat naik video mesra bersama isterinya. Semalam, Hafiz memuat naik satu lagi video bagi mengabdikan momen terakhir dia bersama rakan baiknya yang baru sahaja meninggal dunia.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hafiz Mahamad (@hafizmahamad)

Dalam video yang berdurasi lebih 3 minit itu, menyaksikan perjalanan Hafiz dari lapangan terbang sehinggalah dia mengimamkan solat jenazah rakannya itu sehingga dia sendiri mengusung jenazah ke dalam liang lahad. 

Video yang mendapat tontonan lebih 2 juta itu turut mendapat komen-komen yang memujinya kerana sanggup datang dari jauh ke Kelantan serta menguruskan jenazah rakan baiknya itu. Ramai yang rasa terharu dan tersentuh serta menitipkan doa buat arwah.

Turut Menerima Kecaman…

Bagaimanapun, tindakan Hafiz yang merakamkan momen terakhir itu turut menerima kecaman warganet. Ramai yang mempertikaikan tujuan Hafiz merakamkan video tersebut dan merasakan tidak ada keperluan untuk membuat rakaman video. Terdapat juga segelintir yang merasakan tindakan Hafiz itu agak keterlaluan.

Dalam pada itu, rata-rata warganet di Instagram Hafiz tetap memujinya dan mengatakan inilah contoh sahabat dunia dan akhirat. Berita kematian ini juga turut mengejutkan para pengikut Hafiz yang mengikuti rapat perkembangan kesihatan sahabatnya itu.

Van Jenazah Yang Diwakafkan Digunakan Untuk Bawa Arwah

Terdahulu, pengikut Hafiz sudah sedia maklum tentang tahap kesihatan sahabatnya itu ekoran dia ada memuat naik video berkenaan sahabatnya, Loh atau nama sebenarnya Wan Mohd Abdullah Wan Mohd Noor, yang menderita sakit strok. Malah Hafiz turut sempat menghadiahkan kerusi elektrik buat sahabatnya itu dan juga mewakafkan van jenazah ke kampungnya.

Image via:Instagram

Tanpa disangka, Hafiz mengatakan hikmah mewakafkan kenderaan itu dapatlah dia membawa arwah menggunakan van jenazah tersebut. Apa-apa pun, takziah diucapkan kepada keluarga arwah dan juga Hafiz. Semoga kuat dan tabah mengharungi pemergian orang yang tersayang.

Baca juga artikel menarik lain:

Ucapan Ustaz Ebit Lew Buat Ramai Tersentuh, Anggap Anugerah Diterima Sebagai Hadiah Hari Lahir

‘Aben Ke Babun’ – Berang Persenda Panggilan Manja, Raja Afiq Bakal Ambil Tindakan Undang²

Written by: Hamka Rosli


Previous post

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *