Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Buletin

Tidak Sampai Sehari Dilahirkan, Bayi Ini Ditinggalkan Kesejukan Dalam Ladang Kelapa Sawit

today7 January 2021

Background

Tidak berhati perut. Mungkin itu kata-kata yang dapat digambarkan apabila dua orang pemancing menjumpai seorang bayi perempuan yang dipercayai baru dilahirkan. Bayi malang tersebut ditemui dalam sebuah ladang kelapa sawit di Kemayan, Bera, Pahang kira-kira pada jam 1.45 tegah hari semalam dan dipercayai menghidap sindrom down.

Memang tergamak meninggalkan bayi tersebut kesejukan berhampiran jambatan Pejabat Risda. Tapi mujur sempat ditemui dua lelaki yang masuk ke ladang berkenaan untuk menahan jaring menangkap ikan di kawasan dilanda banjir.

Menurut laporan, kedua-dua pemancing itu menjumpai sebuah kotak yang ditinggalkan di tengah ladang. Apabila diperiksa, alangkah terkejutnya mereka melihat seorang bayi perempuan yang cukup sifat dibalut menggunakan kain batik berwarna hitam. Selain itu, terdapat juga kesan gigitan semut di badannya.

Melalui pemeriksaan awal, bayi seberat 2.12 kilogram itu dipercayai dilahirkan antara jam 5 hingga 7 pagi sebelum ia ditinggalkan pada hari yang sama. Tambahan lagi, terdapat kesan bayi tersebut dicuci dengan air kotor sebelum ditinggalkan.

Bagaimanapun, bayi berkenaan kemudian dihantar ke Hospital Kuala Pilah, Negeri Sembilan dan penemuan berkenaan dimaklumkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Walau apa pun alasan si pelaku, perkara seperti ini tidak seharusnya berlaku. Semoga bayi tersebut selamat di bawah jagaan pihak berwajib.

Baca juga artikel menarik lain:

Seorang Wanita Maut Selepas 48 Jam Terima Suntikan Vaksin COVID-19?

Kehilangan Jack Ma Cetus Misteri, Dikuatiri Ada Kaitan Selepas Kritik Kerajaan China

 

 

 

 

 

Sumber daripada: Harian Metro

Written by: Hamka Rosli


Previous post

mckennie

Sukan

Chiesa Dan Dybala Hancurkan Rekod Tanpa Kalah AC Milan

Juventus memberikan kekalahan pertama kepada AC Milan dalam saingan Serie A musim ini. The Old Lady berjaya menundukkan AC Milan di San Siro 3-1 dalam kepulangan semula Pirlo ke markas Milan sebagai pengurus. Milan’s defeat to Juventus means that all 98 teams in Europe’s top five divisions have lost at least one league game this season. Every league is wide open. ? pic.twitter.com/D8o2klLrZI — Squawka Football (@Squawka) January 6, 2021 […]

today7 January 2021

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *