Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Hiburan

‘Asalkan Orang Lain Selamat’ – Pelakon Ini Turap Jalan Guna Duit Sendiri

today8 January 2021

Background

Memang sejak kebelakangan ini agak ‘panas’ dengan isu keselamatan pengguna jalan raya disebabkan jalan yang berlubang. Kebanyakan jalan ini pula dikatakan bukan jarang digunakan, tetapi menjadi jalan utama pengguna jalan raya. Warganet dalam masa sama rata-rata menyuarakan ketidakpuasan hati kepada pihak berwajib kerana kurang proaktif dalam menangani masalah ini.

Image via:https://explorasa.cari.com.my/

Dalam pada itu, artis dan juga pelakon, Lando Zawawi bersama Ikatan Silaturahim Brotherhood merupakan antara individu dan juga kumpulan yang sudah lama memperjuangkan isu keselamatan pengguna jalan raya daripada jalan yang berlubang ini. Walaupun kita sudah lama tidak nampak Lando di kaca TV, tapi sebenarnya beliau sibuk dengan kerja sukarelawan.

Turap Jalan Berlubang Sejak Tahun 2007

Bergerak secara aktif sejak 2007 bersama kumpulan terbabit, Lando giat sebagai seorang aktivis dan menjalankan kerja-kerja amal menurap jalan raya rosak dan berlubang di lokasi yang tertentu. Menurut Lando, ribuan lubang atas jalan raya telah mereka baik pulih dan modal yang digunakan adalah daripada duit poketnya sendiri tanpa sebarang bantuan daripada mana-mana pihak.

Image via:https://www.bharian.com.my/

“Kami di sini hanya untuk satu benda, iaitu memastikan jalan raya lebih selamat. Saya pembayar cukai, dan mereka semua juga pembayar cukai.” ujar Lando kepada wartawan Joshua Lim.

Menurut Lando lagi, kerja-kerja yang beliau lakukan bersama kumpulan terbabit tetap perlu dilakukan walaupun ia bukan satu kewajipan. Hal ini kerana ramai terdapat mangsa yang sehingga meninggal dunia akibat lubang atas jalan raya. Dalam pada itu, Lando turut menjelaskan beliau tidak mengharapkan sebarang balasan di atas kerja-kerja sukarelawan itu.

Image via:https://www.bharian.com.my/

Hampir Setiap Malam Tampal Jalan…

Tambah Lando lagi, bersama-sama dengan kumpulan tersebut, hampir setiap malam mereka melakukan kerja menampal jalan di beberapa negeri menggunakan campuran sejuk asphalt dan membran bitumen. Menurutnya, bajet bagi sesebuah tampalan adalah lebih kurang RM100. 

Sementara itu, Lando turut menyuarakan harapannya agar pihak berwajib mengambil tindakan proaktif terhadap isu tersebut. Baginya, beliau tidak mampu melakukan kerja baikpulih secara sukarelawan itu selama-lamanya. 

Ikatan Silaturrahim Brotherhood atau ‘The Brotherhood’ mempunyai sebanyak 54 kumpulan dan terdiri daripada 10,500 ahli di seluruh negeri. Kumpulan yang ditubuhkan oleh Lando tersebut mula beroperasi menjalankan kerja sukarelawan sejak lebih sedekad lagi.

 

baca juga artikel menarik lain:

Disangka Kumpul Patung Vintaj Sebagai Hobi, Rupanya…

Rumah-Rumah Warisan Melayu Dan Asal Usulnya

Written by: Hamka Rosli


Previous post

Gaya Hidup

[VIDEO] Kes Covid-19 Meningkat Tinggi, Keadaan Pusat Kuarantin MAEPS Serdang Semakin Padat

Oleh kerana itu, keputusan membuka semula Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS) sebagai PKRC MAEPS 2.0 itu dibuat berikutan peningkatan mendadak kes Covid-19.Malah, disebabkan padatnya pusat rawatan berisiko rendah, kementerian kesihatan kini mengutamakan pesakit yang tidak mempunyai persekitaran kondusif untuk kuarantin di rumah.Namun, tular satu video perkongsian di Facebook menunjukkan keadaan terkini di pusat kuarantin dan rawatan Covid-19 di MAEPS Serdang yang semakin... Klik untuk baca artikel penuh. Sumber:

today8 January 2021

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *