Semalam tular sebuah video yang menunjukkan geng pesakit COVID-19 di Maeps Serdang, ramai-ramai menghulurkan bantuan kilat kepada seorang adik lelaki yang telah kehilangan ayahnya akibat wabak tersebut.
Tengok story kawan sendiri, Allahu sebaknya ada sorang budak ni kehilangan ayah tersayang😭 Semoga diberikan kekuatan untuk adik ni, Aamin🤲🏻😭❤️ pic.twitter.com/pmc55qGjkL
— asparagus🦋 (@noturosee) January 14, 2021
Video tersebut telah mendapat perhatian ramai sehinggakan mencecah lebih 27 ribu retweet. Malah, mereka turut menyatakan nombor akaun bank kepada orang luar jika ingin menghulurkan sumbangan.
Dalam pada masa sama juga, adik tersebut memberitahu kini dirinya dalam keadaan baik dan berterima kasih atas doa dan kata-kata semangat yang diberikan.
Adik tu cakap terima kasih yang mendoakan dia & juga untuk arwah dia❤️😘 pic.twitter.com/kl8nzUq0Ct
— asparagus🦋 (@noturosee) January 14, 2021
Bukan setakat bantuan kilat saja tapi geng pesakit COVID-19 Maeps Serdang beramai-ramai turun padang membacakan yasin buat arwah adik tersebut. Sungguh tinggi empati mereka ini.

Bagaimanapun, seorang pengguna twitter membuat perkongsian bahawa ahli keluarganya yang lain juga menghidapi wabak tersebut.
Lebih menyedihkan lagi, ibu kepada adik ini juga sedang dirawat di Hospital akibat paru-paru berair dan jangkitan COVID-19.

Semoga roh ayah adik ini ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan teruskan perjuangan hidup!
Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:
Netizen Berang Masih Ada Kes Kematian Penunggang Motosikal Langgar Lubang Jalan Raya
“1 Kes COVID-19 Varian UK B.1.1.7 Ditemui..” Dr Noor Hisham
Post comments (0)