Sebelum ini pernah tular dengan berita pemberian maklumat tidak sahih kepada pihak klinik dan hospital berkaitan pesakit mempunyai jangkitan virus COVID-19.
Rata-rata tidak ingin memberitahu kerana malu dan gusar diri mereka tidak dilayan seperti pesakit lain. Malangnya tindakan ini memburukkan lagi keadaan dimana mengakibatkan pekerja hospital terpaksa dikuarantin dan akhirnya barisan hadapan kekurangan kaki tangan.

Sumber: wantedinmilan
Begitulah yang dilalui oleh salah seorang pekerja hospital yang terpaksa kuarantin di rumah kerana mempunyai kontak rapat selepas menyelamatkan nyawa seorang pesakit.
Ini semua berpunca dari pihak keluarga pesakit sendiri apabila bertindak mementingkan diri mereka sendiri untuk menyelamatkan nyawa keluarga mereka dengan memberikan maklumat yang tidak sahih.
Selepas nyawa pesakit diselamatkan, barulah keluarga tersebut memberitahu bahawa ahli keluarga mereka yang pihak hospital rawat mempunyai virus COVID-19.
Jom baca cerita lebih lanjut menerusi posting insta story beriukut.






Selepas ini, apa pun terjadi pastikan beritahu kepada pihak hospital atau klinik sejarah penyakit pesakit dengan maklumat yang tepat supaya barisan hadapan boleh bersedia untuk lakukan rawatan.
Bayangkan jika barisan hadapan ramai yang terpaksa dikuarantin, siapa yang ingin merawat pesakit? Jangan pentingkan diri sendiri. Sama-sama kita perangi COVID-19!
Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:
Kini Anda Boleh Segera Laporkan Ke KKM Jika Positif Covid-19 Melalui MySejahtera
Wanita Dakwa KKM Jadi Punca Dirinya Terdedah Wabak Positif COVID-19
Sumber: facebook
Post comments (0)