Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Buletin

Pencuri Kereta ‘Rare’ Sanggup Patah Balik Marah Mak Tinggalkan Anak Dalam Kereta

today20 January 2021

Background

Tindakan seorang pencuri kereta dipuji apabila dia dilaporkan berpatah balik ke tempat kejadian selepas dia menyedari bahawa ada seorang kanak-kanak lelaki berusia 4 tahun berada di dalam kereta tersebut. Kalau ia terjadi di Malaysia, mungkin kita sendiri tak tahu sama ada nak puji atau nak marah si pencuri sebab difahamkan selepas dia marah si ibu kerana meninggalkan kanak-kanak tersebut berseorangan di dalam kereta, dia terus pergi membawa lari kereta itu.

Menurut laporan, kejadian yang berlaku di sebuah pasaraya di Beaverton, Oregon itu, dianggap sesuatu yang luar biasa kerana kegigihan suspek untuk berpatah balik semata-mata nak ‘sekolahkan’ tindakan ibu kanak-kanak tersebut.  Tambah laporan, suspek juga sempat mengugut si ibu untuk melaporkan kecuaiannya kepada pihak polis. Jarang sekali ada pencuri yang begitu prihatin untuk risikokan diri patah balik ke tempat dia mencuri kereta untuk memastikan kanak-kanak itu pulang ke pangkuan ibunya.

Difahamkan, kereta tersebut dilarikan apabila si ibu meninggalkan keretanya dengan enjin yang masih hidup kerena ada anaknya di dalam untuk mendapatkan barangan keperluan di pasaraya itu. Ketika si ibu di dalam, suspek meluru masuk ke dalam kenderaan itu dan terus melarikan kenderaan tersebut tanpa sedari ada kanak-kanak lelaki di dalamnya.

Laporan juga berkongsi bahawa pihak polis di sana berasa lega dengan tindakan yang diambil oleh pencuri kereta tersebut kerana gigih hantar kanak-kanak itu semula ke tempat kejadian dan bersyukur suspek masih mempunyai hati perut untuk memastikan kanak-kanak tersebut selamat.

Selesai kejadian curi kereta dan anaknya dipulangkan semula, si ibu akui tindakan yang telah dilakukan adalah satu kesilapan yang besar namun bersyukur kerana anaknya tidak diapa-apakan oleh pencuri malah dia terima dimarahi olehnya. Untuk perkembangan tentang kereta yang dilarikan itu, ia berjaya ditemui selepas beberapa jam kemudiannya dan kini pihak polis masih memburu suspek yang dipercayai berusia sekitar 20-an hingga 30-an.

Fuh! Nasib baik pencuri itu masih terbuka hati nak pulangkan anak dia, buatnya dia terfikir benda lain yang mungkin akan merisiko keselamatan kanak-kanak tersebut parah pula! Bersama kita mengambil berita ini sebagai satu iktibar supaya kita sendiri tidak leka dan meninggalkan anak-anak di dalam kereta walaupun hanya untuk seketika.

 

Baca artikel menarik yang lain:

Rumah Ronaldo Dimasuki Perompak. Beberapa Bintang Bola Sepak Lain Jadi Sasaran?

‘Tiada Penyesalan’ – Banduan Bunuh 48 Banduan Lain Dan Ingin Membunuh Lagi

 

 

 

 

Sumber: BuzzKini

Written by: Adinna


Previous post

Buletin

Vitamin berlebihan mudaratkan badan – Kosmo Digital

  MAHFUZ MOHAMADWARTAWAN EKSEKUTIFAmalan pemakanan sihat sa­ngat digalakkan untuk setiap individu bagi memastikan kesihatan terpelihara daripada sebarang penyakit akibat kekurangan zat dan mineral. Kewujudan pelbagai produk makanan tambahan di pasaran kini menyediakan masyarakat dengan banyak pilihan. Perdebatan mengenai isu pengambilan vitamin dan mine­ral bukan perkara baharu. Sesetengah pihak menyarankan supaya masyarakat mengambil makanan tambahan untuk memberi lebih tenaga dan... Klik untuk baca artikel penuh. Sumber:

today20 January 2021

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *