Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Hiburan

Tipu Dirinya Berhutang Dan Minta Isteri Buat Pinjaman Peribadi Untuk Kahwin Wanita Lain

today21 January 2021

Background

Kadang-kadang dalam hidup ni jauh mana pun kita sembunyikan kebenaran, lambat laun akan diketahui jua. Itulah yang terjadi kepada seorang lelaki di Jeddah, Arab Saudi apabila kantoi akan berkahwin dengan wanita lain. Apa yang mengejutkan, lelaki itu mahu menggunakan duit yang isterinya pinjam melalui pinjaman peribadi bagi tujuan pernikahannya. Memang tergamak lelaki ni mempergunakan dan mempermainkan hati seorang isteri.

Image via:https://www.verywellmind.com/

Menurut laporan, lelaki tersebut memberitahu isterinya bahawa dia memerlukan sejumlah wang yang banyak untuk melunaskan hutangnya. Tambahan lagi, dia mendakwa bahawa dia diancam akan diberhentikan kerja sekiranya tidak membayar hutang tersebut. Disebabkan percaya akan kata-kata suami, wanita itu membuat pinjaman peribadi untuk melunaskan hutang suaminya. 

Dikatakan wanita itu membuat pinjaman sebanyak 120,000 riyal (kira-kira RM130,000). Jumlahnya bukan sedikit, namun demi menyelamatkan suaminya itu dia sanggup melakukan pinjaman peribadi itu. Namun apakan daya, rupanya wang tersebut bukanlah bagi tujuan membayar hutang suaminya.

Image via:https://gulfnews.com/

Perkara tersebut pada mulanya diketahui oleh saudara terdekat wanita terbabit yang mana kemudian dimaklumkan kepadanya. Selepas beberapa minggu mengetahui perkara itu, Wanita itu kemudian mengambil keputusan untuk bersemuka dengan suaminya dan memintanya berterus terang. Namun suaminya pada awalnya menafikan tuduhan tersebut.

Akhirnya lelaki tersebut mengaku akan perkara tersebut dan memberitahu bahawa dia akan bernikah dengan wanita lain dalam masa terdekat. Selepas enggan mengembalikan wang itu, isterinya memutuskan untuk mengambil tindakan undang-undang. Walaupun kecewa ditipu dan dipergunakan suami sendiri, harap keadilan menyebelahinya di mahkamah nanti. 

Baca juga artikel menarik lain:

Cuai Tidak Kunci Lokap Sehingga Remaja Perempuan Dakwa Dirogol

Ramai Guru Tak Setuju Pendapat Pensyarah Ini Tentang Cara Pembelajaran Online Yang Berkesan

 

 

 

Sumber daripada: Harian Metro

Written by: Hamka Rosli


Previous post

Gaya Hidup

[VIDEO] Lelaki Ini Diajak Naik Pentas Untuk Buat Konsert, Tapi Akhirnya Lain Pula Jadi!

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat aksi lelaki berkenaan yang selamba berjoget di atas pentas.Malah, ada juga yang merindukan suasana hari raya seperti dulu sebelum berlakunya pandemik Covid-19. Difahamkan video tersebut diambil pada tahun 2016 dan dimuat naik semula sehingga menjadi viral.Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 129.9K views, 5.7K retweets dan 6.8K likes.

today21 January 2021

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *