Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Hiburan

Sikap Segelintir Ibu Bapa Buat Whatsapp Sekolah Huru-Hara?

today24 January 2021

Background

Hari persekolahan sudah bermula bermula 20 Januari lalu tapi bukanlah seperti sebelum. Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melaksanakan kaedah pembelajaran Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) mengikut kesesuaian guru dan murid kecuali bagi murid tingkatan 4 dan 5.

Malangnya, terdapat beberapa kekangan berlaku antaranya masalah rangkaian internet, group whatsapp dan banyak lagi. Apa yang menjadi topik utama dalam Kool Talk baru-baru ini adalah Whatsapp group sekolah.

Seorang pemanggil yang dikenali dengan nama, Roslan meluahkan masalah yang dilalui apabila wujud group whatsapp. Menurutya, kebanyakkan ibu bapa suka bersikap bertanyakan soalan yang sama di dalam perbualan group whatsapp walaupun tidak sampai seminit baru saja diberitahu pengumuman penting tersebut.

How to make a group on WhatsApp - YouTube

Sumber: cariangoogle

“Saya ada tiga orang anak, semua bersekolah jadi saya ada tiga group whatsapp. Belum lagi  group whatsapp sekolah petang. Jadi bagi saya untuk uruskan group whatsapp yang banyak untuk anak yang bersekolah pagi dan petang sebenarnya tidak ada masalah tapi apa yang menjadi masalah apabila ada segelintir ibu bapa bertanya soalan yang berulang-ulang,” jelasnya.

Tambahnya lagi, dia yakin ibu bapa dalam whatsapp group tersebut pandai menggunakan teknologi memandangkan mereka berada di kawasan elit tapi tidak tahu mengapa mereka seolah-olah tidak tahu menggunakan aplikasi Whatsapp.

“Tak perlu tanya soalan yang sama pun, cuma skrol dan baca je. Jika betul-betul ada soalan penting, baru tanya. Kadang-kala tu, kesian cikgu nak kena jawab soalan yang sama walaupun sudah diberitahu pada awal perbualan,”

Untuk dengarkan penjelasan, klik saja di sini. 

 

 

 

 

 

Sumber: kosmo

Written by: Afiqa Sarif


Previous post

Sukan

Ronaldo Pemain Terbaik Disember [VIDEO]

London: Juventus menobatkan Cristiano Ronaldo sebagai Pemain Terbaik (MVP) Disember 2020 selepas sekali lagi cemerlang membantu kelab dalam aksi Serie A dan saingan Eropah. Bintang Portugal itu meneruskan kehebatan musim ini dengan meledak tujuh gol dalam hanya tujuh penampilan di semua kejohanan bulan lalu dan paling menarik apabila dua jaringannya membantu kemenangan gemilang menewaskan Barcelona 3-0 dalam aksi Liga Juara-Juara di Camp Nou. "Sukar ditulis sesuatu mengenai Cristiano... Klik untuk […]

today24 January 2021

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *