Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Hiburan

“Dah Guna Laser Tapi Masih Tumbuh” – Gadis Miliki Misai Dan Janggut Anggap Ia Satu Kelebihan

today22 January 2021

Background

Kalau lelaki yang dah melepasi peringkat umur dewasa mesti rasa nak ada misai, janggut ataupun jambang. Itu memang normal sebab nak nampak maskulin dan terserlah kelelakiannya. Perempuan pula ada juga sesetengahnya yang meminati lelaki yang berjambang ni. Tapi kalau perempuan yang ada misai dan janggut macam mana pula?

Itu yang dialami oleh seorang gadis dari Indonesia yang berkongsi video menampakkan wajahnya bermisai dan berjanggut di aplikasi TikTok. Mungkin akan timbul rasa segan sekiranya wanita memiliki misai atau janggut yang jelas nampak di wajah. Namun, berbeza dengan individu yang dikenali dengan panggilan Cica ini yang tak segan berkongsi keadaan wajahnya. 

@mssvanteReply to @mssvante ni klarifikasi gak si kl gini? kl mau lebih jelas nnti gue bikin part 2 nya deh sekalian foto” nya ##fyp♬ original sound – cica

Dalam video yang dikongsikannya itu, misai dan janggutnya tidak kelihatan halus, tetapi jelas seperti misai dan janggut seorang lelaki. 

Dah Cukur Tapi Tumbuh Makin Lebat Selepas Tu…

Menurut gadis tersebut, dia pernah membuang bulu halus di bahagian atas bibir dan dagunya menggunakan rawatan laser. Namun hasilnya tetap sama di mana bulu-bulu itu tumbuh semula. Bagaimanapun, bagi mendapatkan penjelasan lebih lanjut, gadis itu pergi berjumpa dengan doktor. Menurut Doktor, dia dikatakan menghidap ‘hirsutism’ iaitu pertumbuhan bulu lebat yang berlaku pada peringkat umur seseorang wanita itu sudah subur. 

@mssvanteReply to @tputri32 tiktok pls aku butuh yg lgsg gausah part2 an 🙁 ##fyp♬ original sound – cica

Menurut penjelasan gadis itu, misai dan janggutnya pada awalnya hanya kelihatan halus sahaja dan tidak terlalu jelas. Namun pada tahun 2020, ia kelihatan makin jelas seperti memiliki misai dan janggut lelaki.

Walaupun kelihatan seperti misai dan janggut seorang lelaki, dia yang merupakan pelajar jurusan undang-undang di Indonesia tetap menganggap ia sebagai satu kelebihan buat dirinya. Dalam pada itu, ramai juga yang memuji Cica dan menyatakan dia tetap kelihatan manis dan mengganggap ia sebagai satu kurniaan tuhan.

 

 

Baca juga artikel menarik lain:

Bentong Kali – Penjenayah Hati Kering Dan Tak Takut Mati!

Muntah Ikan Paus Ditemui Nelayan Bernilai RM1.16 Juta? Ini Sebab Ianya Amat Bernilai

 

 

 

 

Written by: Hamka Rosli


Previous post

Buletin

Sumbang RM300,000 bantu asnaf | Harian Metro

Putrajaya: Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) bersetuju menyumbang RM260,000 menggunakan Tabung Musa'adah Covid-19 Jabatan Agama Islam (JAKIM)-Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) kepada Majlis Agama Islam Negeri-negeri (MAIN) dan Agensi Mengurus Zakat (AMZ) seluruh Malaysia bagi membantu golongan memerlukan ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Menterinya, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, sumbangan itu sebagai tanda sokongan atas usaha murni MAIN dan AMZ... Klik untuk baca artikel penuh. Sumber:

today22 January 2021

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *