Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Buletin

Penting! MySejahtera Vaccination Akan Dilancarkan Pada Hujung Januari 2021

today27 January 2021

Background

Sejak awal tahun baru, kes positif Covid-19 semakin meningkat dan pihak kerajaan dan petugas-petugas kesihatan telah melakukan pelbagai inisiatif untuk membendung penularan pandemik ini. Bari-baru ini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah membuat pengumuman bahawa aplikasi MySejahtera akan dikemas kini pada hujung bulan ini dan salah satu perinciannya ialah MySejahtera Vaccination.

Difahamkan, perincian baru ini akan membolehkan pihak KKM memastikan program vaksinasi dapat dijalankan dengan lebih lancar dan ia termasuk juga rangkaian proses seperti pendaftaran, jadual suntikan vaksin dan pemantauan akan dilaksanakan menerusi aplikasi berkenaan. Ketua Penolong Pengarah Kanan, Sektor Pengurusan Bencana, Wabak, Krisis dan Kecemasan Kementerian Kesihatan Dr. Mahesh Appannan menyarankan agar rakyat Malaysia muat turun aplikasi tersebut.

Malaysians can register soon via MySejahtera for Covid-19 vaccine

Menurut Dr Mahesh, aplikasi MySejahtera kini telah dimuat turun oleh 27,313,193 pengguna di Malaysia dan versi aplikasi sekarang ini adalah 1.25. Update 1.26 akan dilancarkan pada hujung bulan ini bukan sahaja untuk program vaksinasi, tetapi bagi memastikan MySejahtera terus berfungsi dan berjalan lancar buat pengguna di Malaysia.

Jadi kalau anda belum sempat muat turun aplikasi ini dalam telefon pintar, anda boleh mula sekarang. Hal ini bukan sahaja akan memudahkan proses vaksinasi ia juga sedikit sebanyak dapat membantu negara kita. Bukankah kita mahukan kesejahteraan untuk semua? Semoga dengan usaha sama ini dapat membuatkan kita bebas Covid-19 sepenuhnya. Ingat ya, #kitajagakita

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Seorang Doktor Terlalu Penat Merawat Pesakit COVID-19, Tertidur Lalu Pengsan & Meninggal Dunia

“Tiada Ubat, Tiada Doktor Pantau Baik Dikuarantin Di Rumah..”- Rungutan Pesakit COVID-19

 

 

 

Sumber: BH

Written by: Adinna


Previous post

Buletin

Penunggang motosikal kekal paling tinggi kemalangan

Kuala Lumpur: Pekerja khidmat penghantaran antara penyumbang kemalangan membabitkan penunggang motosikal yang kekal tinggi direkodkan berbanding kenderaan lain sepanjang tahun lalu. Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Azisman Alias berkata, sebanyak 418,237 kes kemalangan jalan raya direkodkan sepanjang tahun lalu berbanding 567, 516 kes pada 2019. "Tahun lalu kes kematian yang dicatatkan adalah sebanyak 4,634 kes berbanding 6,167 kes pada... Klik untuk baca artikel penuh. Sumber:

today27 January 2021

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *