Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Buletin

“Biniku Gangster!” – Isteri Cekak Pinggang Tanya Suami Bila Nak Balik

today29 January 2021

Background

“Pukul berapa nak balik?”

Sering kita dengar masalah si suami keluar melepak bersama kawan sehingga lewat malam dan tinggal anak bini tidur di rumah tanpa si suami. Ini adalah senario biasa kita lihat malah mungkin pernah dialami oleh pembaca.

Namun, sebuah video tular menunjukkan seorang isteri bertindak menerjah ‘port’ lepak suaminya untuk diminta pulang ke rumah dengan segera. Garangnya!

Video tersebut dimuat naik melalui ciapan twitter. Jom lihat bagaimana isterinya menuntut suaminya. Lucu dan garang ye!

Tak salah nak melepak tapi berpada-pada. Elakkan setiap malam, cukup sebulan sekali untuk cari me time. Jadi, kami ingin kongsikan renungan untuk para suami…

  1. Utamakan isteri kerana isteri perlukan pelindung lebih-lebih lagi pada waktu malam. Manakala, kawan-kawan kita mungkin mempunyai kawan-kawan yang lain.
  2. Jika betul-betul untuk keluar bersama rakan, sebaiknya bawa isteri supaya tidak membiarkan isteri berseorangan di rumah atau jika tidak sesuai kurangkan kekerapan keluar malam.
  3. Isteri mudah terasa sunyi bila ketiadaan suami. Mungkin ada pasangan bila dekat bercakaran tapi percayalah, bila jauh, rindu!

Hidup ini singkat. Bayangkan jika esok lusa pasangan kita pergi meninggalkan kita. Hargai dan luangkan masa bersama selagi masih punya waktu.

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Hampir Sedekad Diburu, Raja Dadah Asia ‘El Chapo’ Akhirnya Tumpas

[VIDEO] Gadis Ini Akui Lebih Suka Kawan Dengan ‘Geng Lelaki’ Sebab Perempuan Complicated

 

 

 

 

Sumber: twitter

Written by: Afiqa Sarif


Previous post

Buletin

Bakal pengantin perlu jalani ujian Covid-19 sebelum nikah

Alor Setar: Semua bakal pengantin dari mukim, daerah dan negeri yang diisytiharkan zon merah oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) perlu menjalani saringan ujian Covid-19 sebelum menjalani akad nikah di Kedah, bermula 1 Februari ini. Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah (JHEAIK), Mohd Yusri Md Daud berkata, bakal pengantin perlu mengemukakan keputusan Ujian Rapid Antigen (RTK-Ag) Covid-19 kepada Pegawai Agama Daerah dalam tempoh tiga hari sebelum akad nikah... Klik […]

today29 January 2021

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *