Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Buletin

Gara-Gara Nama Unik, “Damai Kami Sepanjang Hari” Tunjuk Kad Pengenalannya

today3 February 2021

Background

Nama adalah satu identiti diri setiap orang. Ada yang nama pangkalnya sama, ada yang namanya terlalu panjang dan ada juga namanya pendek sahaja. Tidak kira apa pun nama anda, kisah gadis remaja ini mungkin menarik minat anda apabila anda mendengar namanya iaitu ‘Damai Kmi Sepanjang Hari’. Unik bukan?

Gadis ini menjadi viral di laman Tik Tok gara-gara namanya yang terlalu unik sehinggakan nama tersebut membuatkan warganet tertanya-tanya adakah ia nama sebenarnya atau ia hanyalah rekaan semata-mata. Akibat terlalu ramai mempertikaikan namanya, gadis yang dipanggil Damai ini telah berkongsi kad pengenalannya.

Menurut laporan, Damai berasal dari Sume­dang, Jawa Barat berkongsi gambar kad pengenalannya dengan rela kerana terlalu banyak permintaan pengguna media sosial dan gambar itu telah dikongsikan dalam satu video khas di akuan TikTok miliknya baru-baru ini. Kad pengenalannya jelas menunjukkan nama sebenarnya iaitu Damai Kami Sepanjang Hari.

Tindakan Damai berkongsi kad pengelanannya itu kerana mahu orang ramai berhenti bertanya tentang namanya dan menutup mulut mereka yang tidak percaya. Difahamkan video milik Damai itu telah menerima beberapa juta tontonan dan menerima pelbagai komen daripada warganet.

Ada yang bertanya panggilan apa yang harus mereka gelarkan dirinya. Damai menjelaskan dalam satu video berasingan, nama panggilannya adalah Meimei serta memberitahu pengguna aplikasi itu bahawa namanya diinspirasikan daripada lagu nyanyian Iwan Fals iaitu Damai Kami Sepanjang Hari.

Damai juga turut berkongsi, ayahnya merupakan salah seorang peminat artis bernama Iwan Fals. Oleh itu ke semua adik-beradiknya mempunyai nama berinspirasikan lagu nyanyian Iwan Fals. Antara nama unik yang diberikan kepada adik-beradiknya ialah Ani­ssa Cikal Rambu Anarki yang di­inspirasikan daripada lagu Galang Rambu Anarki.

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Bapa Beri Nama Anak Mipan Zuzuzu, Emaknya Steady Je..

Penjawat Awam Diejek Dan Dicaci Kerana Memiliki Nama ‘Corona’

 

 

 

 

Sumber: Kosmo

Written by: Adinna


Previous post

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *