Sejak penularan wabak berjangkit, COVID-19, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengeluarkan kenyataan untuk menghadkan bilangan pelawat ke hospital kepada dua orang setiap pesakit dalam satu-satu masa, bagi mencegah penularan COVID-19.
Namun, timbul satu pertelingkahan mulut antara pesakit dan barisan hadapan kerana salah seorang ahli keluarga iaitu isteri pesakit, tidak mematuhi polisi hospital walaupun sudah ditegur beberapa kali.
Menurut sumber, kejadian tersebut berlaku di Hospital Miri, Sarawak dan lebih merisaukan lagi wanita tersebut berada di wad COVID-19 tanpa memakai pakaian lengkap PPE sekaligus memberi risiko kepada banyak pihak.
Bagaimanakah wanita ini boleh terlepas masuk ke dalam Wad Covid-19 di Miri yg akan memberi risiko kpd nyawa Frontliners yg bertugas? pic.twitter.com/ilbfPbN9f4
— My Sufri Channel (@mysufrichannel) February 3, 2021
Bagaimanapun, satu kenyataan akhbar telah di keluarkan oleh pihak Hospital Miri Sarawak sendiri bagi menjelaskan isu ini kepada orang ramai mengapa insiden ini berlaku.
Menurut pihak mereka, kejadian ini berlaku akibat keengganan ahli keluarga pesakit tersebut untuk memberi kerjasama dan mematuhi polisi hospital. Bagaimanapun, wanita tersebut telah berjaya dihalau oleh pihak berkuasa.
Tambah pihak hospital lagi, wanita tersebut tidak berada di dalam wad COVID-19 sehubungan dengan itu, pengurusan Hospital Miri meminta orang ramai menghentikan penyebaran video tersebut di media sosial.
Semoga semua orang dapat memahami situasi hospital yang kini bahaya dengan virus berjangkit jika lebih lama anda terdedah di kawasan tersebut. Harap, orang ramai keluar apabila ada tujuan penting saja.
Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:
Masalah Pemanduan, Doktor Ini Doakan Orang Awam Dijangkiti COVID-19
Selepas Diarah Tutup Seminggu Akibat Covid-19, Kilang Roti Massimo Kini Kembali Beroperasi
Sumber: twitter
Post comments (0)