Kebiasaan kita jika menghadiri sesuatu forum pasti inginkan maklumat-maklumat baharu yang boleh membina atau membawa perubahan kepada diri kita. Jika kita mempunyai masalah rumah tangga, kita akan mencari forum-forum yang membincangkan tentang masalah rumah tangga dengan harapan dapat menemukan jawapan yang dicari. Tambahan lagi, zaman sekarang dah semakin canggih, banyak forum yang dianjurkan secara atas talian sahaja. Tak perlu keluar rumah untuk menghadiri forum-forum ini.
Setiap forum yang dianjurkan pula pastinya berniat baik untuk berkongsi maklumat-maklumat yang berguna buat penonton, dengan jemputan panel-panel yang pakar dalam bidang masing-masing. Bagaimanapun, terbaharu, tular sebuah forum yang dianjurkan dengan membawa topik ‘Kemurungan Dan Bunuh Diri Semasa PKP: Apa Solusi Islam?’.
Trigger Warning.
Video2 ini menjadikan “kemurungan & bunuh diri” sebagai serangan & bahan gurauan.
Amat tidak wajar, tak sensitif, tak profesional & biadap.
1) Murung tidak boleh dikatakan sebagai “gila.”
Thread. pic.twitter.com/zSSADgz55y
— Sekolah Politik (@PolitikSekolah) February 3, 2021
Pasti ramai yang sedar betapa sensitifnya topik yang menyentuh tentang kesihatan mental ini. Namun, sensitiviti itu digambarkan oleh warganet seperti tidak dihiraukan semasa forum tersebut berlangsung. Ramai yang menyelar kenyataan moderator forum tersebut tentang kemurungan yang boleh membawa kepada ‘gila’.
Selain itu, gurauan tentang ‘kemurungan’ dan ‘bunuh diri’ juga dengan bersahaja dilontarkan sambil diikuti gelak tawa. Tidak sensitif dan tak profesional, itulah yang dinyatakan oleh warganet.
Buat rakan-rakan yg terbaca, mereka ini tidak mewakili Islam dan bukan memberi cerminan Islam. Apa yg dizahirkan adalah atas kapasiti manusia sombong, jelik dan bukan khuluk Islam yy sebenar. Aku pun tidak mulia, tetapi hina aku tidaklah menyentuh sensitiviti malampau begini. https://t.co/YIdq8tuaew
— Syam Immigrant (geddit?) (@saifulhisyam) February 3, 2021
Tapi apa-apa pun, tidak boleh juga pukul rata bahawa seluruh kandungan forum tersebut adalah tidak bermanfaat. Perkongsian daripada panel yang pakar dalam bidang tentu dapat dimanfaatkan. Ada juga yang menonton forum penuhnya menyatakan perkongsian topik yang menarik. Cuma mungkin kekhilafan dalam melontarkan kenyataan yang kurang sensitif itu sahaja yang membuatkan warganet kurang berpuas hati.
Baca juga artikel menarik:
Dua Kanak-Kanak Mati Lemas Sedang Ibu Leka Berkaraoke
Kerana Cemburu Dengan Markah Cemerlang, Tiga Remaja Sanggup Racun Rakan Sekelas Sehingga Maut
Sumber daripada: Twitter
Post comments (0)