Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Buletin

“Jangan ‘Kitar Semula’ Lelaki Seperti Ini..” Wanita Digesa Tinggalkan Suami Si Pemalas

today5 February 2021

Background
Suami Sarah Jade

Setiap pasangan suami isteri pasti ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Oleh itu, pasangan tersebut nampak lengkap apabila mereka bersama kerana masing-masing mengisi kelebihan dan kekurangan yang ada. Namun, tidak semua kekurangan kita boleh ‘pejam mata’ sebab jika pasangan kaki pukul atau panas baran ia boleh menyebabkan perkara yang tidak dingini berlaku. Kalau setakat terlupa tutup suis lampu, layankan ajelah ya, mungkin pasangan sengaja nak bermanja.

Namun, lain pula kisah seorang isteri di Kota London apabila dia digesa oleh netizen untuk meninggalkan suaminya yang pemalas. Wanita bernama Sarah Jade telah berkongsi satu klip video yang menunjukkan cara suaminya itu menyimpan lebihan makanan di dalam peti sejuk telah menerima kritikan teruk dari netizen.

Perkongsian video yang dimuat naik di laman TikTok itu mengenai Sarah meminta tolong suaminya untuk  menyimpan lebihan makanan makan malam. Seterusnya apabila Sarah memeriksa peti sejuk, dia mendapati suaminya hanya menyumbat periuk berisi lebihan makanan tanpa memindahkannya ke dalam pinggan atau bekas yang sesuai.

@sarah_jade_He is seriously something else!!! ##marriedlife ##couples ##marriedlifehumor ##CoupleThings ##marriage ##prankwars ##husbandwife♬ original sound – Junah Marie

Perkongsian video itu telah mengundang pelbagai reaksi netizen yang rata-rata tidak bersetuju dengan sikap malas suami Sarah. Ada netizen yang meminta Sarah untuk tinggalkan suaminya dan ada yang menyatakan jika dia berada di tempat Sarah, dia mungkin akan menyesal berkahwin dengan lelaki paling malas di dunia.

Video tersebut telah ditonton hampir 4 juta kali dan mengumpul 117,000 tanda suka. Namun, ada sesetengah netizen memberi pandangan bahawa video itu hanyalah gurauan semata-mata apabila terlalu banyak tanda pagar di­letakkan pada status yang ditulis Sarah.

Kalau situasi ini berlaku kepada anda, apa yang akan anda lakukan? Bukan senang nak cari pasangan yang sempurna dari hujung rambut ke hujung kaki. Diri kita pun belum tentu cukup sempurna di mata pasangan betul tak? Apapun, lengkapilah pasangan masing-masing ya.

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

“Ceraikan Daripada Berkongsi ‘Bebola’..” Dr Say Sarankan Suami Isteri Lebihkan Sesi Luahan Hati

Pasangan Suami Isteri Pura-Pura Bahagia Di Kaca TV, Lebih 800 Video Dera Anak Angkat Ditemui!

 

 

 

 

Sumber: Mirror, TikTok Sarah Jade

Written by: Adinna


Previous post

Buletin

Ganas bukan lumrah individu sakit jiwa

WARTAWAN EKSEKUTIF, EDDY HAMIDIAcap kali kita dimomokkan de­ngan fahaman jauhi diri daripada orang sakit jiwa kerana kelakuan mereka sukar diramal dan cen­derung untuk bertindak ganas secara tiba-tiba tanpa diduga. Netizen juga sering melabelkan kebanyakan pelaku jenayah kejam mempunyai sakit mental, namun tanpa disedari, fahaman sebegitu menunjukkan keseda­ran mengenai masalah sakit jiwa di negara ini masih lagi berada di tahap rendah. Tindakan menjauhkan diri serta melabel orang... Klik untuk baca artikel […]

today5 February 2021

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *