Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Gaya Hidup

Malam Tak Elok Bersenam? Doktor Ini Kongsi Waktu Paling Tepat Untuk Bersukan

today9 February 2021

Background

“Malam-malam ni, tak payah lah bersukan. Mana elok. Bahaya. Esok pagi je la. Baru waktu yang sesuai”

Mesti pernah dengar nasihat ni daripada orang sekeliling kita kan? Kononnya kesihatan akan terjejas kerana gagal menguruskan rutin jadual harian sekaligus membuatkan badan terasa lebih penat dan lesu kerana tubuh dipaksa bekerja pada waktu yang salah.

Persoalannya, betul ke? Berikutan itu seorang pegawai perubatan dan kesihatan, doktor Afiq Rahim tampil menjelaskan isu ini kerana masyarakat telah dihantui dengan mitos yang merepek dan tidak masuk akal. Kebetulan beliau dijemput satu sesi menemubual di sebuah stesen radio mengenai isu ini.

Menurutnya, setelah menelaah beberapa kajian yang dilakukan tentang kesan bersenam pada waktu malam terhadap kesihatan, sebenarnya ia tidak langsung memberi kesan buruk malah sebaliknya.

Jom lihat penerangan beliau di bawah menerusi coretannya di akaun twitter miliknya.

Tidak cukup dengan itu, beliau turut mengepilkan sekeping gambar para doktor pakar dan professor perubatan melakukan aktiviti atas padang pada waktu malam.

Tapi, sebelum ingin melakukan senaman waktu malam seperti berbasikal atau berlari, pastikan anda memakai alatan keselamatan. Misalnya memakai topi basikal, pasang lampu keselamatan basikal depan dan belakang dalam keadaan baik supaya kenderaan belakang tidak merempuh.

Selain itu, jika melakukan aktiviti larian, sebaiknya pakai lampu kepala supaya kenderaan di jalan raya dapat melihat kehadiran anda di tepi jalan.

Namun walau apa pun, jangan memaksa diri jika terlalu penat. Pastikan anda mendapat nasihat daripada doktor terlebih dahulu supaya lebih yakin okay? Yelah, tahap kesihatan diri setiap individu kan berbeza.

Kesimpulannya, sebelum nak menyebarkan atau ingin mempercayai sesuatu fakta semak dan kaji terlebih dahulu sama ada betul atau tidak dan pastikan keselamatan diri ketika melakukan aktiviti diutamakan. Selamat bersukan!

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Bekas Pemain Kelantan, Daudsu Jamaluddin Pilih Kerjaya E-Sukan

Rakan Sepasukan Pierre-Emerick Aubameyang Bakal Sertai Pasukan Liga Malaysia

 

 

 

 

Sumber: twitter

Written by: Afiqa Sarif


Previous post

Sukan

Sumareh kini milik JDT | Harian Metro

Kuala Lumpur: Teka teki tentang masa depan pemain naturalisasi negara, Mohamadou Sumareh akhirnya terjawab apabila dia diumumkan secara rasmi sebagai pemain Johor Darul Ta'zim (JDT) musim ini. Menerusi video pengenalan Sumareh sebagai pemain baru di laman Facebook Johor Southern Tigers (JST), pemain sayap yang lebih dikenali dengan Keli Boy itu kelihatan cukup segak apabila menaiki kereta mewah ke Stadium Sultan Ibrahim. Malah, dalam video itu juga, Sumerah meminta pemandu kereta […]

today9 February 2021

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *