Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Hiburan

“Kesudahannya Menyesal” – Kisah Isteri Minta Cerai Hanya Kerana Cemburu Suami Jaga Ibu Yang Uzur…

today10 February 2021

Background

Hubungan perkahwinan selalunya mesti ada konflik antara pasangan suami isteri. Namun, konflik tersebut perlulah ditangani segera dan tidak dibiarkan berlarutan sehingga akhirnya membawa kepada kes penceraian. Memang biasanya kita dengar kes penceraian yang berpunca daripada orang ketiga. Tentu isteri rasa dikhianati apabila dicurangi, lalu minta untuk diceraikan. Namun ada juga kes penceraian yang berlaku akibat perasaan cemburu terhadap ibu mertua sendiri.

Apabila suami melebihkan ibunya sendiri, tentu isteri akan berasa cemburu kerana tidak diberi perhatian yang sepatutnya. Namun, kisah dari Mahkamah ini menceritakan tentang penceraian yang berlaku akibat si isteri cemburu kerana suaminya menjaga ibu yang uzur. Kisah ini dikongsikan sendiri oleh Nur Fatihah Azzahra di laman Facebook miliknya. 

Ada satu kes di Mahkamah, seorang isteri minta cerai atas sebab suami menjaga ibunya yang uzur di rumah kelamin.

Suami…

Posted by Nur Fatihah Azzahra on Monday, February 8, 2021

Menurut perkongsian itu, si suami sebenarnya tidaklah menjaga ibunya yang uzur itu sepanjang hari, tetapi telah menyediakan pembantu untuk elak isterinya rasa terbeban menjaga ibunya. Ketika suami keluar bekerja pada waktu siang, pembantu akan menjaga ibunya, dan apabila pulang si suami pula akan mengambil alih tugas tersebut yang turut dibantu anak sulung berusia 20an. Begitulah aturan mereka, dan isterinya akui perkara tersebut.

Namun, dalam hati kecil si isteri, muncul rasa cemburu kerana merasakan suaminya melebihkan ibunya daripada dirinya. 

“Apa yang mengganggu emosi isteri adalah beliau mengganggap suami melebihkan ibu. Rasa cemburu, sakit hati, terabai dan mengganggap ibu tersebut sebagai gangguan,” tulis Nur Fatihah dalam hantarannya di Facebook.

Selepas setahun si isteri menuntut cerai, si suami akhirnya bersetuju juga mengikut kehendak isterinya. Bagaimanapun, dalam tempoh tuntutan cerai tersebut, sudah puas rundingan, nasihat dan perbincangan dilakukan sampai ke kaunseling Pejabat Agama. Apakan daya, si isteri tetap nekad mahukan penceraian. 

Kesudahannya, Menyesal Selepas Bercerai…

Sewaktu perasaan ini penuh dengan perasaan cemburu, isteri hanya nampak penceraian jalan terbaik. Namun, akhir si isteri pun akui bahawa dia menyesal dengan keputusannya itu. Tidak cukup dengan itu, anak-anak juga menyatakan mahu duduk bersama ayah dan menjaga nenek bersama ayah.

Mengulas lanjut berkenaan kes ini, Nur Fatihah menyatakan ujian paling besar adalah apabila pasangan kita tidak memberikan dorongan atau galakan untuk berbuat baik kepada ibu bapa. Lebih malang, apabila pasangan bertindak memutuskan hubungan di antara kita dengan ibu bapa atau adik beradik. Semoga ada hikmah di sebalik kejadian seperti ini.

 

Baca juga artikel menarik lain:

Priyanka Chopra Dedahkan Pernah Diminta Buat Pembedahan Plastik Kalau Nak Berjaya Di Hollywood

[VIDEO] “8220;Kejap Utara, Kejap Pantai Timur” – Loghat Abang Polis Curi Perhatian, Buat Ramai Keliru

 

 

 

Sumber daripada: Facebook

Written by: Hamka Rosli


Previous post

Gaya Hidup

[VIDEO] Ayah Bukan Main ‘Struggle’ Jaga Baby Meragam, Tapi Bila Si Ibu Datang Terus Diam

Menerusi rakaman yang dikongsikan oleh Arasyi Zubaidillah dengan kapsyen "bila ayah jadi pengasuh, ampa ingat senang ke?", dia ketika itu menjaga anaknya di dalam kereta sementara isterinya keluar sebentar menghantar barang.Namun bayi itu tidak henti menangis dan meragam apabila dipegang ayahnya selepas tidak nampak ibu di depan mata. Mungkin juga dia tidak dapat bau ibunya kerana kebiasaannya bayi yang masih kecil hanya akan rapat dengan ibu.Apa yang lebih menghiburkan adalah... […]

today10 February 2021

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *