Hastag #AdhamBabaLetakJawatan trending sejak pagi semalam selepas Menteri Kesihatan, Dr Adham Baba mengeluarkan kenyataan bahawa menteri hanya perlu jalani kuarantin tiga hari saja selepas pulang dari luar negara.
Perkara ini mendapat perhatian ramai rakyat Malaysia dan ramai mula melontarkan rasa tidak puas hati kerana keputusan ini mewujudkan dua darjat antara ahli menteri dan juga rakyat marhaen.

Tidak terlepas, salah seorang doktor pakar buah pinggang, Dr Rafidah mencoret ‘surat layang’ menerusi ciapan twitter akaun miliknya dengan tajuk, Dua Darjat dan disertakan akaun mensi Dr Adham sendiri.
Menurutnya, jika ingin kurangkan kuarantin, kenapa perlu selektif? Lakukan saja SOP untuk semua.
“Dato Sri sendiri tahu, siapa yang menjaga wad-wad SARI dan COVID? Ramai mereka adalah pegawai-pegawai kontrak yang terdiri dari semua lapisan terutamanya pegawai-pegawai perubatan muda,” tulisnya dengan lantang.
DUA DARJAT
Salam, yang amat saya hormati Dato Sri @DrAdhamBaba.
Dengan merendah diri, saya amat berharap agar Dato Sri boleh membuat keputusan hanya berdasarkan fakta sains. With power, comes great responsibility. My wish is that you focus on what is most important to us. pic.twitter.com/133xfRj47E
— Rafidah Abdullah (@rafidah72) February 10, 2021
Malah, beliau menekankan bahawa barisan hadapan tidak pernah sekali pun praktikkan darjat-darjat sebegini kerana barisan perubatan hanya pegawai professional dan semua akan dilayan dengan sama rata.
“Tidak perlu guna kuasa untuk diri, keluarga dan kawan-kawan sendiri kerana saya tidak nampak jalan keluar daripada pandemik ini kalau beginilah bercelarunya keadaan negara ini,” tulisnya lagi.

Harap esok lusa ada rombakan keputusan dibuat agar tidak kira siapa pun rakyat Malaysia, sama-sama ke hadapan untuk mengekang penularan wabak berbahaya ini.
Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:
Pelaksanaan PKPB Wajar – Dr Adham Baba
COVID-19: Setuju guna AI, BDA bantu kawal penularan virus – Dr Adham
Sumber: twitter
Post comments (0)