Isu bomoh membomoh nampaknya bukan mainan lagi. Semalam Andi Bernadee membuat satu perkongsian di laman Instagram miliknya mendedahkan dia telah menjadi mangsa dengki hingga disihir oleh seorang wanita. Penyanyi yang baru sahaja ceburi bidang lakonan, Andi telah memuat naik satu video yang menunjukkan bukti dia terkena sihir telah mengejutkan peminatnya.
Menerusi video berdurasi 8 saat itu, Andi jelas menunjukkan dua paku karat dalam mangkuk berisi kuning telur yang telah ditarik daripada bahagian tekaknya dan seekor katak kering juga telah ditemui atas bumbung rumahnya. Difahamkan, ini bukanlah kali pertama Andi terkena sihir buatan orang.
Andi akui dia sudah mula berasa penat dan alami rasa sakit yang dahsyat sejak dua tiga tahun lalu sehinggakan dia terpaksa berubat di Jogjakarta, Indonesia. Andi kemudiannya berkongsi sebelum ini dia juga pernah termakan benda kotor yang diletak dalam makanan.
View this post on Instagram
Bagaimanapun, apabila Anda terkena sihir sekali lagi beberapa hari lalu buat kali kedua, rakan serumah terpaksa memanggil ustaz untuk mengubati dirinya selepas Asar, petang semalam. Menurut Andi, dia mengambil langkah untuk berubat selepas dia susah untuk tidur. Tambahnya, dia akan berjaga sepanjang malam dan hanya tidur pada sebelah pagi. Namun, selera makan bertambah hingga perut menjadi buncit.
Pada mulanya, Andi tidak mahu percaya situasi ini berlaku kepadanya ,alah dia cuba untuk kuat namun dia tewas sehinggakan ustaz terpaksa datang berubat apabila dia dirasuk. Rakan serumah Andi juga memaklumkan bahawa Andi pernah meraung dan menjerit. Aduh, kesiannya!
Menurut ustaz yang mengubati Andi, wanita yang dipercayai menghantar sihir itu pernah bekerja dengan Andi cuma ustaz tidak menjelaskan sama ada di kalangan artis atau sebaliknya. Andi menjelaskan dia seorang yang tidak gemar bersosial dan banyak menghabiskan masa di rumah. Oleh itu, dia tidak pasti apa salahnya kepada wanita tersebut sehinggakan diperlakukan seperti itu.
Tak sangka walau zaman semakin moden, namun masih ada yang bertindak menggunakan cara kotor untuk menyakiti orang lain.
Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:
“Patutlah Nampak Tinggi” – Andi Bernadee Kantoikan Diri Sendiri Nampak Tinggi Dalam Drama
Sumber: Instagram Andi Bernadee, BH
Post comments (0)