Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Buletin

Lelaki Rakam Aksi Kelar Leher Anjing Untuk Dapatkan Tontonan Tinggi Di Media Sosial

today18 February 2021

Background

Terdahulu tular video seorang remaja lelaki baling kucing untuk dapatkan perhatian orang ramai di media sosial. Terkini, seorang remaja lelaki telah merakam dirinya mengelar leher seekor anjing dan video tersebut dimuat naik menggunakan akaun miliknya ke media sosial. Menerusi perkongsian video tersebut, jelas kelihatan seekor anjing baka Chihuahua mempunyai luka besar di bahagian lehernya dan mengalami kesukaran bernafas akibat tindakan remaja tersebut.

Menurut laporan Polis Riverside, California, Amerika Syarikat, apabila pihak berkuasa menerima maklumat tentang mengenai kejadian itu mereka terus bertindak di atas maklumat yang tertera pada akaun media sosial tersebut. Hasilnya, pihak polis telah berjaya menangkap si pelaku, Angel Ramos berusia 19 pada Sabtu, 23 Februari 2021.

Berdasarkan laporan pihak polis, mereka juga turut menemui beberapa barang bukti lain seperti senjata haram iaitu penumbuk buku jari besi, kesan darah pada pakaian dan luka di tangan. Hal ini telah membuktikan kesan luka lain pada bahagian lain di badan anjing tersebut.

Selepas selesai sesi tangkapan, pihak polis terus segera membawa anjing itu ke klinik veterinar untuk mendapatkan rawatan. Bagaimanapun anjing itu tidak dapat diselamatkan berikutan kecederaannya yang sangat parah. Oleh itu, tambah Pengarah Perkhidmatan Haiwan (NGO), Julie Bank berkata, pihaknya mengutuk perbuatan zalim remaja terbabit terhadap haiwan kecil berkenaan.

Suspek ditahan kerana melakukan kezaliman terhadap haiwan dan memiliki senjata haram tanpa kebenaran. Namun, Ramos kemudiannya dibebaskan beberapa jam kemudian dengan jaminan polis.

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Budak Campak Kucing Demi TikTok Diburu Persatuan Haiwan Malaysia

“Bawa Ke Balai Polis, Mereka Hanya Ketawa”- Kisah Kucing Dipotong Kepala Diambil Ringan

 

 

 

 

Sumber: Daily Star

Written by: Adinna


Previous post