Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Hiburan

Netizen Tampil Beri Kata Semangat Dan Dorongan Buat Guru Yang Mengajar Di DidikTV

today22 February 2021

Background

DidikTV Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) secara rasminya telah dilancarkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Dengan pelancaran tersebut, seluruh jadual penyiaran dalam NTV7 akan dirombak mengikut kesesuaian dan memberi laluan kepada DidikTV dari KPM yang akan bersiaran setiap hari. Apa yang menarik, DidikTV ini juga memberi peluang buat warga pendidik sendiri untuk tampil mengajar di kaca TV.

Nampaknya bukan mudah untuk warga pendidik mengajar di kaca TV, namun ia tetap tidak mematahkan semangat mereka demi meneruskan kelangsungan pendidikan para pelajar dalam keadaan pandemik ini. Ramai juga warganet yang memuji usaha guru-guru untuk tampil mengajar menerusi siaran Didik TV.

Sebelum itu, tersebar agak luas video seorang guru sedang mengajar mata pelajaran Sains Tahun 2 dalam Bahasa Inggeris dalam salah satu slot rancangan di DidikTV. Meskipun gaya bahaya guru terbabit menerima beberapa teguran daripada warganet, namun ada juga yang mempertahankan guru tersebut dan memahami kemampuannya.

Dengan pelbagai reaksi warganet terhadap video tersebut, ramai yang tampil memberikan sokongan buat guru tersebut serta warga pendidik yang lain.

 

Dalam pada itu, pengacara terkenal, Noor Neelofa Mohd Noor sempat memberikan kata semangat buat guru-guru yang berani keluar dari comfort zone dan mengajar di kaca TV. 

“Hormat saya kepada semua guru yang berani melangkah keluar dari zon selesa, berdiri di hadapan kamera untuk mendidik. Bukan tugas yang mudah, malah mereka yang dah biasa di depan kamera pun masih gugup,” tulis Neelofa.

Daripada mengkritik, lebih baik kita beri galakkan dan puji mereka kerana berani melakukannya. Semoga usaha guru-guru ini akan membuahkan hasil kepada sektor pendidikan negara. Jadi sebagai warganet, kita terus lihat pada sudut positif dan berikan sokongan yang sepatutnya.

Baca juga artikel menarik lain:

Lepas Suntik Vaksin Dah Tak Perlu Ikut SOP? Ini Penjelasan Khairy Jamaluddin

Upin Ipin Trending Di Indonesia Gara-Gara Berambut Lebat Dalam Episod Terbaharu

Written by: Hamka Rosli


Previous post

Chong Yee Fatt

Sukan

Chong Yee Fatt Calon Ganti Mehmet Durakovic Kendalikan Perak

Bekas pengendali Kuala Lumpur, Chong Yee Fatt menjadi salah satu calon bagi menggantikan Mehmet Durakovic sekiranya jurulatih dari Australia itu berpisah dengan Perak FC. Perkara ini dikongsikan oleh wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam dimana situasi antara Perak dan Mehmet kini sedang berada dalam keadaan tegang dan jurulatih itu dijangka bakal meninggalkan pasukan dalam jangka masa terdekat. Bekas penolong jurulatih Perak Chong Yee Fatt difahamkan antara calon jurulatih baru Perak... […]

today22 February 2021