Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Gaya Hidup

Raih 70K Ahli Dalam Masa Singkat, Grup Riak Apa Hari Ini Menjadi Serbuan Terbaru Netizen

today22 February 2021

Background

Sekiranya anda aktif menggunakan Facebook sekitar tahun lalu, pastinya anda cukup tahu dengan kemunculan Facebook Group yang menjadi serbuan para netizen iaitu grup Masak Apa Tak Jadi Hari Ini.

Mengumpulkan koleksi masakan yang gagal daripada netizen beserta caption yang menggelikan hati membuatkan grup ini berjaya mengumpul lebih 500,000 ahli dalam tempoh seminggu sahaja.

Terbaharu, muncul pula sebuah lagi Facebook Group yang menjadi hiburan terbaru netizen iaitu Riak Apa Hari Ini. Seperti namanya, grup ini mengumpulkan perkongsian-perkongsian riak daripada para netizen.

Untuk bacaan selanjutnya, klik saja disini.

Written by: Adinna


Previous post