Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Buletin

Sudah Bagi Amaran Jangan Kahwin, Isteri Bertindak Serang Majlis Kahwin Suami

today23 February 2021

Background

Tidak semua wanita mahu berkongsi kasih suaminya bersama wanita lain. Berpoligami adalah satu situasi yang mungkin segelintir pasangan sahaja yang mampu bersikap adil dan bahagia hidup bersama lebih lagi dengan pelbagai cabaran yang bakal ditempuh. Kalau anda nak berpoligami pastikan isteri sudah dimaklumkan terlebih dahulu kerana takut ada yang merasai pengalaman yang sama seperti seorang suami di Bangkok baru-baru ini.

Tindakan seorang wanita bernama Nipapan Peuchpen menyerbu majlis perkahwinan suaminya di Chat Nai, Muang, Kanchanaburi telah mendapat perhatian orang ramai apabila dia memberikan kegigihan yang tinggi untuk membuktikan bahawa dia dan suaminya masih belum bercerai.

Menurut laporan tempatan, Nipapan sudah lama tahu tentang hubungan sulit suaminya yang merupakan seorang anggota polis sejak setahun lalu namun tidak menyangka suaminya akan berkahwin dengan perempuan simpanannya itu. Ketika kejadian, ibu Nipapan yang turut hadir menemani Nipapan bersama dua anaknya telah menolak dan menampar wajah suaminya yang sedang menerima restu sami.

Difahamkan, sebelum majlis perkahwinan suaminya bersama isteri baru itu, si suami masih tinggal di rumah bersama-sama dan memberitahu dia akan bekerja pada waktu malam. Nipapan bagaimanapun berasa tidak sedap hati dan telah memberi amaran kepada suaminya agak jangan berkahwin.

Tambah laporan, Nipapan sempat memuat naik video di laman Facebook miliknya beberapa jam selepas pulang dari majlis perkahwinan baru suaminya itu. Menerusi rakaman video, jelas kedengaran suaminya berkata: “Tinggalkan majlis ini. Awak bukan tetamu rumah ini. Tolong pergi.” Terdahulu, Nipapan dan suaminya telah dikurniakan dua orang anak berusia 15 tahun dan 5 tahun.

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Suami Pukul Isteri Hingga Mati Depan Tetamu!

Serang isteri enggan rujuk

 

Sumber: Kosmo

Written by: Adinna


Previous post

Gaya Hidup

Isteri Teruja Dapat Hadiah Gold Bar Dari Suami, Rupa-Rupanya Kiub Pati Ayam…Lucu!

Isteri manalah yang tak suka dengan hadiah-hadiah pemberian oleh cik suami kan? Tambah pula kalau hadiah yang diberikan adalah barang yang disukai oleh si isteri, makin berbunga-bungalah hati. Sudah namanya wanita, mestilah amat sinonim dengan barang kemas. Jadi kalau suami bagi hadiah berupa barang kemas, boleh melompat bintang gamaknya! Tular di media sosial baru-baru ini tentang seorang isteri yang menerima hadiah... Klik untuk baca artikel penuh. Sumber:

today23 February 2021