Pelakon cantik negara jiran, Nia Ramadhani sebelum ini tular dengan kisah kekayaannya kini hangat di mulut warganet apabila dia dikatakan baru pertama kali menaiki pesawat kelas ekonomi. Video berdurasi 26 saat itu telah dirakam oleh pembantunya dan dikongsikan di Instagram miliknya.
Pasti ramai yang tahu bahawa kehidupan Nia Ramadhani sememangnya mewah dengan harta kerana berkahwin dengan anak ahli perniagaan ternama Indonesia, iaitu Anindra Ardiansyah Bakrie. Oleh itu, kini Nia kerap menaiki pesawat jet peribadi jika mahu ke luar negara kerana ia adalah perkara biasa buatnya. Ibu kepada tiga orang anak ini pertama kali naik pesawat kelas ekonomi dari Bali ke Jakarta.
Menerusi video perkongsian pembantunya, Prita Aunalal, jelas kedengaran Nia berkata bahawa dia sudah kaya sejak dari dulu lagi dan tidak pernah menaiki pesawat kelas ekonomi. Kenyataan yang dikeluarkan oleh Nia telah menimbulkan rasa sangsi dikalangan warganet kerana Nia sebelum ini telah membuat satu kenyataan yang sangat bercanggah dari kenyataannya sekarang.
Sebelum ini, Nia Ramadhani pernah berkongsi kisah bahawa dia sebenarnya berasal dari keluarga yang biasa-biasa sahaja dan tidak seperti pada hari ini yang mempunyai banyak harta. Tambah Nia, kehidupannya sebelum ini sangat berbeza dari sekarang. Nia bagaimanapun tidak mengulas lagi kisah lamanya selepas berkahwin dengan Ardi Bakrie.
Disebabkan perkongsian video itu semakin tular, ramai warganet telah memberikan pelbagai reaksi sehingga ada yang menganggap Nia sudah mula sombong dan lupa diri. Namun, ada juga yang menyatakan mungkin Nia berkata begitu hanya sekadar untuk bergurau sahaja.
Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:
Nia Ramadhani Tak Tahu Sukat Gula Untuk Bancuh Kopi Ketika Mertua Datang
Nia Ramadhani Disayangi Mertua Walaupun Kerap Bangun Lambat? Ini Tips Lain Pikat Hati Mertua
Sumber: Jateng Suara, YouTube Y&A World