Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Gaya Hidup

BH, HM, Rangka Manusia Tertua Berusia 11,000 Tahun, ‘Perak Man’ Kini Miliki Wajah

today26 February 2021

Background

Jika anda masih teringat dalam buku teks sejarah tingkatan satu terdahulu pernah diceritakan kisah penemuan rangka manusia tertua berusia antara 10,000 hingga 11,000 tahun yang ditemukan 30 tahun lepas di Lembah Lenggong, Perak. Rangka manusia tersebut telah diberikan gelaran sebagai Perak Man.

Untuk pengetahuan anda, terkini Perak Man sudahpun mempunyai lakaran wajahnya yang sebenar menerusi kaedah 3D virtual reconstruction hasil tangan sekumpulan penyelidik dari Universiti Sains Malaysia (USM) dan Cicero Moraes, seorang pakar reka bentuk 3D dalam bidang pembinaan semula wajah forensik dari Brazil. Difahamkan, lakaran wajah Perak Man tersebut dikatakan siap sepenuhnya pada 19 Januari lepas.

“Projek melukis lakaran 3D bagi wajah Perak Man ini tercetus sejak dua tahun yang lalu dan ia merupakan hasil idea Pakar Bedah Neurosurgeri di Hospital USM Prof Datuk Dr Jafri Malin Abdullah,” jelas Dr Johari Yap, salah seorang penyelidik yang terlibat dalam projek ini serta pensyarah Radiologi Oral dan Maksilofasial di Pusat Pengajian Sains Pergigian USM.

Untuk bacaan selanjutnya, klik saja disini.

Written by: Adinna


Previous post

Logo Perak FC

Sukan

Menyingkap Kotak Pemikiran Pencipta Logo Baharu Perak FC

Teki-teki berhubung pemilihan logo Perak FC susulan penganjuran pertandingan reka cipta logo kelab tersebut sudah pun terjawab apabila idea daripada seorang pereka grafik, Muhamad Hafiz Ismail telah diangkat sebagai pemenang. Keputusan panel pemilihan bebas itu menyaksikan sebahagian besar peminat pasukan Perak menyambut baik penggunaan logo baharu berteraskan kepala seladang dengan penekanan konsep monogram. Cetusan idea yang boleh dikatakan agak moden dan kelihatan cukup berbeza... Klik untuk baca artikel penuh. Sumber:

today26 February 2021