Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

#SupportLokal

Macam Mana Nak Bantu Mereka Yang Ada Masalah Mental?

today26 February 2021

Background

Kajian pemantauan penyakit yang dijalankan di Malaysia pada tahun 1996 mendapati hampir 11.1% daripada golongan dewasa Malaysia dikesan mengalami penyakit mental.

Manakala, laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menunjukkan penyakit mental adalah antara lima penyakit utama yang menyebabkan hilang upaya di seluruh dunia dan dijangkakan penyakit ini akan menjadi penyebab kedua tertinggi.

via GIPHY

Menjadi persoalan, apa orang sekeliling pesakit mental perlu lakukan jika berhadapan dengan golongan ini. Malah, ramai yang berada dalam posisi serba salah kerana takut salah bertutur.

Menurut seorang doktor psikitaris dan pesakit mental, Dr Rozanizam Zakarian, pertama sekali adalah jangan letakkan diri kita  dalam posisi untuk ‘menyembuhkan’ mereka kerana jika ini terjadi, maka anda mungkin akan terjebak dengan perangkap yang anda sendiri cipta

“Mereka ada emosi pasang surut. Jika tak kena pada masa ini, tak bermaksud pada masa lain anda juga tidak akan boleh membantu. Cuma jangan berputus asa,” tulisnya menerusi ciapan twitter.

Erasing stigma needed in mental health care | Science News

Seterusnya, bercakap dengan jujur walaupun kejujuran itu adalah dengan mengakui “aku pun tak tahu nak cakap apa” atau “aku pun sendiri tak tahu macam mana aku boleh bantu” kerana itu lebih baik dari mereka-reka harapan palsu.

Akhir sekali, tak perlu beri kata-kata hikmah panjang lebar, cukup tunjuk kehadiran anda saat mereka memerlukan dan sentiasa titipkan doa dalam rahsia untuk kesihatan mereka.

 

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Kesihatan Mental Bergantung Pada Kualiti Tidur

Stres Punya Pasal, Cikgu Gantung Banner Minta Halau Pengetua ‘Mental’

Sumber: twitter

Written by: Afiqa Sarif


Previous post

2021-02-25-Rajagobal-Signing-Ceremony-1

Sukan

Datuk Rajagobal Diperkenalkan Secara Rasmi Sebagai Ketua Jurulatih Brunei

Majlis Menandatangani Kontrak diantara Persatuan Bola Sepak Brunei Darussalam (NFABD) dan Datuk Rajagobal telah diadakan semalam untuk memperkenalkan bekas pengendali PKNS FC itu sebagai Ketua Jurulatih skuad kebangsaan Brunei. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Presiden NFABD, Pengiran Haji Matusin Pangiran Matasan dan Setiausaha Agung, Mohammad Shahnon Haji Mohd Salleh. Tetamu kehormat yang menjadi saksi majlis itu ialah Pengiran Dato Paduka Haji Mohd Yusoff Pengiran Haji... Klik untuk baca artikel […]

today26 February 2021