Terdahulu kecoh dengan keadaan barang dihantar oleh sebuah syarikat perkhidmatan kurier dan penghantaran barang, J&T Ekspress apabila pihak mereka tidak menjaga barang pelanggan dengan sebaik mungkin.
Kini lain pula cerita apabila pekerja penghantar barang dari syarikat tersebut menganggu waktu tidur pelanggan.
Menurut pengguna twitter yang menggunakan nama @dianasruddin, dia tidak dapat terima mengapa pekerja J&T menghantar barangnya pada jam 3 pagi.
https://twitter.com/dianasruddin/status/1365747250077462528
Apabila ditanya mengapa masih lagi menghantar barang, ini jawapan dari pekerja dari syarikat tersebut.
Menjengah ruangan komen, rata-rata tidak bersetuju tindakan yang dibuat oleh pekerja J&T tersebut kerana banyak faktor bahaya jika buka pintu rumah pada jam 3 pagi.
Antara faktor yang dinyatakan adalah gusar berlaku samun, rompak, rogol dan risiko jenayah berat yang lain-lain.


Tak tahulah sama ada ingin kejar KPI atau sebaliknya namun, perkara ini tidak sepatutnya berlaku. Moga dapat penjelasan daripada pihak bertanggungjawab.
Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:
Peguam Terkenal Kongsi Cara Lakukan Tuntut Jika Terima Barang Rosak Dari J&T
2 Lelaki Penyamar Pekerja Kurier Samun Wanita & Sorok Bayi 3 bulan Dalam Tong Sampah
Sumber: twitter