Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Buletin

18 Hari Bertarung Nyawa, Akhirnya Penerima Hati Negara Pertama Meninggal Dunia

today2 March 2021

Background

Terdahulu, Mohd Afiq Iqmal perlu membuat perbedahan akibat komplikasi hati. Kesan daripada itu, dia perlu melakukan pemindahan hati untuk meneruskan kehidupan yang mampu bertahan lebih 20 tahun selepas menjalani pembedahan pemindahan hati.

Malangnya, selepas 18 hari bertarung nyawa penerima hati pertama negara meninggal dunia di Hospital Selayang  hari ini.

Perkembangan itu disahkan oleh penderma hatinya, Leftenan Kolonel Bersekutu (PA) Angkatan Pertahanan Awam Malaysia,Wan Mohd Hafizam Wan Ismail selepas menerima berita sedih itu dari bapa Afiq pada awal Subuh tadi.

“Jam 5 pagi tadi selepas saya terima panggilan berita sedih ini, hanya doa yang mampu saya berikan dan sebagai penderma hatiny saya akan mengiringi mereka untuk memberi penghormatan terakhir kepadanya.” ujarnya.

Penerima hati pertama kritikal - Kosmo Digital

Pemuda itu mencatat sejarah negara apabila menjadi penerima hati pertama di Malaysia pada 1999 selepas menerima hati daripada Wan Mohd Hafizam sekaligus membuka mata masyarakat betapa pentingnya pendermaan organ.

Kini, keluarga Mohd Afiq sedang membuat persiapan untuk pengebumian jenazah di Kampung Masjid Tikam Batu, Kedah.

 

 

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Kanak-Kanak 2 Tahun Meninggal Kerana Masukkan Sudu Dalam Lubang Extension

8 Tanda Kucing Sakit & Demam Yang Kita Kena ‘Alert’. Mungkinkah Ia Akan Meninggalkan Kita?

 

 

 

Sumber: kosmo

Written by: Afiqa Sarif


Previous post

Valencia

Sukan

Kejayaan Dan Cipta Sejarah Jadi Motivasi, TMJ Beri Bayangan Mahu Ambil Alih Valencia?

Pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor (TMJ) seolah-olah memberi bayangan beliau berminat untuk mengambil alih salah satu kelab terbaik dalam saingan La Liga Sepanyol, Valencia. Menerusi laman Instagram Story miliknya, TMJ berkongsi beberapa statistik mengenai Valencia seperti nilai semasa kelab itu selain kejayaan yang pernah diraih oleh kelab yang dimiliki sahabat baik beliau iaitu jutawan Singapura, Peter Lim. Sumber... Klik […]

today2 March 2021