Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Gaya Hidup

Simpan Hand Sanitizer Dalam Kereta Boleh Atau Tidak? Ini Jawapannya…

today7 March 2021

Background

Di era pandemik Covid-19, hand sanitizer adalah salah satu ‘senjata’ buat kita selain air dan sabun. Hand sanitizer amat berguna pada waktu ini, lebih-lebih jika tidak ada air atau sabun untuk membasuh tangan, penggunaan hand sanitizer boleh dijadikan sebagai alternatif. Hampir setiap orang akan mempunyai hand sanitizer di dalam beg, poket ataupun kereta untuk kegunaan sendiri.

Namun, tahukah anda bahawa hand sanitizer tidak sesuai  ditinggalkan di dalam kereta dan dibiarkan terdedah dengan haba terlalu lama. Oleh sebab cuaca panas di Malaysia dan kita sedang mengalami angin monsun, kita tidak digalakkan untuk simpan hand sanitizer di dalam kereta walaupun ia merupakan satu langkah yang memudahkan aktiviti harian.

Kandungan bahan kimia dalam hand sanitizer boleh terlerai jika dibiarkan di bawah cuaca panas. Salah satu contoh bahannya, alkohol di dalam cecair hand sanitizer boleh melerai dan tersejat jika dibiarkan di bawah cahaya matahari. Perkara ini akan menyebabkan peratusan alkohol di dalam hand sanitizer tersebut berkurang lalu menyebabkan penggunaannya kurang berkesan. Semakin tinggi peratusan alkohol, semakin berkesanlah ia dalam mengekalkan tangan anda bebas daripada bakteria dan virus.

Bagaimanapun, terdapat beberapa cara dan tips menyimpan hand sanitizer di dalam kereta iaitu dengan meletakkan botol tersebut di tempat yang teduh dan jauh daripada sinaran matahari seperti di dalam laci atau di dalam poket belakang tempat duduk.

Sebagai kesimpulannya hand sanitzer adalah penting selain membasuh tangan menggunakan air dan sabun kerana ia amat berkesan untuk menghalang penularan virus COVID-19. Langkah untuk meletakkan sebotol hand sanitizer di dalam kereta sebenarnya merupakan idea yang bijak namun anda perlu pastikan hand sanitizer yang akan digunakan tidak diletakkan di bawah pancaran matahari dan belum tamat tempoh. Keberkesanannya adalah lebih tinggi jika ia di simpan di dalam tempat yang tertutup dan redup. Ingat ya, membasuh tangan masih lagi penting untuk mengelakkan jangkitan. Kita masih belum menang.

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Kaki Parti Maut Minum Cecair Hand Sanitizer Selepas Kehabisan Arak…

Kes Postif Covid-19 Makin Meningkat, Apa Nak Buat Jika Ahli Keluarga Atau Rakan Positif Covid-19?

 

 

Sumber: Hello Doktor

Written by: Adinna


Previous post