Kecoh sebelum ini sebuah video TikTok menunjukkan seorang wanita sanggup lakukan drip yang kononnya dikatakan vitamin pemutih kulit.
Lebih membimbangkan lagi, tindakannya itu boleh menyebabkan buah pinggangnya rosak dalam jangka masa panjang kerana dalam perubatan, tindakan itu adalah cara salah.
Kini, seorang doktor perubatan, Dr. Nimelesh tampil menerangkan tentang pengambilan vitamin C menerusi akaun rasminya. Menurutnya, setiap orang perlukan 90mg vitamin C sehari saja dan turut kepilkan 10 jenis buah yang mengandungi Vitamin C yang tinggi.
Kita perlu 90mg vitamin c je sehari pic.twitter.com/f8RM0Em4qC
— Nimelesh (@HausofHilton) March 4, 2021
Dalam pada masa yang sama, beliau menegaskan bahawa vitamin C dan zink juga tidak dapat mencegah dari dijangkiti wabak berbahaya, COVID-19.

Kemudian, ada juga yang membalas ciapan twitter tersebut dengan mengatakan orang ramai tidak perlu drip kerana buah adalah suplemen terbaik untuk berikan vitamin C untuk tubuh badan.


Selepas ini berhati-hatilah dalam memilih apa-apa suplemen. Pastikan dapat nasihat doktor atau mereka yang lebih pakar bagi mengelakkan sebarang komplikasi yang berlaku.
Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:
“Bab Lapar Jangan Cari Pasal!” 11 Lelaki Mengamuk Di Restoran Sebab Tak Dapat Order Makanan
Hanya 70mg Sehari, Tak Perlu Berlebihan! Ini 9 Makanan Tinggi Vitamin C Semulajadi
Sumber: twitter