Jika anda aktif melihat mana-mana grup kereta Myvi di Facebook, pelbagai telatah berkaitan kereta Myvi dikongsikan dari setiap penjuru negara Malaysia. Ada saja hantaran yang akan membuat anda tersengih seorang diri di hadapan skrin.
Baru-baru ini, ada seorang wanita telah bertanyakan soalan kepada ahli grup Facebook Myvi tersebut; adakah benar suaminya cuma tambah RM100 setelah trade in rim tayar standard 1.5 AV untuk mendapatkan sport rim jenama Enkei.

Hantaran tersebut telah mendapat pelbagai respon dari ahli grup untuk ‘membantu’ jawap soalan dan dalam masa yang sama ‘menyelamatkan’ suami wanita tersebut dalam grup Facebook Myvi tersebut.
Untuk bacaan selanjutnya, klik saja disini.