Seperti semua sedia maklum, hari ini merupakan hari mulia bagi umat islam iaitu hari Israk dan Mikraj kerana terdapat satu peristiwa di mana satu mukjiat telah dianugerahkan kepada Nabi Muhammad SAW.
Hari ini juga merupakan hari pilihan penyanyi tersohor tanah air, Dato’ Seri Siti Nurhaliza atau lebih mesra dengan panggilan Tokti, mendirikan rumah tangganya bersama Dato’ Sri Khalid Jiwa pada 15 tahun yang lalu.
Di kesempatan ini, Tokti memuat naik sekeping gambar pada hari perkahwinannya di laman Instagram miliknya dengan kapsyen yang berbunyi seperti berikut…

View this post on Instagram
Menjengah ruangan komen, ramai rakan seperjuangannya dalam dunia hiburan mendoakan yang terbaik dan mengucapkan ucapan yang positif.

Kini, Tokti sedang hamil 7 bulan dan sudah memiliki puteri sulung, Siti Aafiyah pada 19 Mac 2018 dan kini Aafiyah mencecah usia dua tahun selepas mendirikan rumah tangga selama 11 tahun.
Kedua-dua anaknya ini menjalani rawatan kesuburan in-vitro (IVF) dalam usaha mendapatkan cahaya mata. Semoga perkahwinan Tokti dengan Dato K kekal sehingga ke jannah.
Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:
“Sedih.. tengok TokTi menangis..” – DS Siti Nurhaliza Kongsi Kisah IVF Sempena Hari Lahirnya
Tokti Pon Tak Terlepas Jadi Mangsa Bilik Gelap PHD Ni!!
Sumber: instagram