Sepanjang perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), banyak kedai sudah mula berdaftar di bawah syarikat FoodPanda untuk memudahkan pelanggan membuat pesanan makan dihujung jari sahaja. Selain itu, ramai juga masyarakat kita sudah mula terlibat dan bekerja sebagai penghantar makanan untuk syarikat ini untuk tambah duit poket. Di Malaysia kita ada beberapa lagi syarikat yang menyediakan perkhidmatan yang sama namun sejak kebelakangan ini, FoodPanda sering menjadi buah mulut warganet.
Ada perkongsian yang telah dilakukan oleh seorang penghantar makanan atau lebih dikenali dengan panggilan rider bernama Ikwan Yusup telah berkongsi sebuah cerita di mana berlakunya satu kejadian yang disebabkan oleh sistem FoodPanda telah mengakibatkan kekeliruan antara pemilik kedai dan rider. Menurut Ikhwan, ia terjadi mungkin disebabkan sistem yang tersalah mengemukan alamat pemiik kedai kepada rider.

Disebabkan sistem buat silap, ramai rider di daerah Kota Kemuning menjadi mangsa. Tambah Ikhwan, apabila pekara sepeti ini berlaku, pendapatan rider boleh terjejas kerana markah kerja mereka akan direkodkan dan jika rider membatalkan sesuatu pesanan, markah kerja akan ditolak. Oleh itu, jika tinggi markah kerja mereka, lebih tinggilah pendapatan yang mereka terima. Berikut adalah gambar tangkap layar perbualan antara pemilik kedai makan dan rider tersebut.



Pada mulanya, rider FoodPanda ini tidak dapat menjejaki Kedai Kerabu Mekwa. Apabila sampai di alamat yang diberikan, kedai tersebut tiada. Menerusi perbualan antara abang rider dan pemilik kedai makan itu, sistem FoodPanda pemilik kedai Kerabu Mekwa yang mempunyai masalah. Menurut pemiliknya, mereka telah menerima banyak tempahan namun tidak rider yang datang ambil untuk buat penghantaran. Malah ada juga rider dari Kuala Lumpur telefon mereka untuk datang ambil tempahan tersebut.
Menurut pemilik kedai itu juga, dia baru sahaja menggunakan aplikasi FoodPanda tiga minggu yang lepas. Dua minggu pertama semuanya okay dan tiada apa-apa masalah. Namun kini ada pelanggan menghubunginya dan memberitahu kedai tidak ada dalam sistem.
Meninjau ke ruangan komen, ada beberapa rider turut berkongsi pengalaman mereka yang pernah dialami sebelum ini lebih kurang sama seperti situasi yang dikongsikan. Malah ada juga yang memberi komen mengatakan FoodPanda kini banyak masalah. Walaubagaimanpun, kami mengharapkan agar sistem FoodPanda ini ditambah baik semula. Apabila masalah sebegini rupa sering terjadi, pelanggan atau pun orang ramai akan hilang kepercayaan.
Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:
Taktik Baru! Ah Long ‘Hantar’ FoodPanda Sebagai Peringatan Kepada Peminjam
Abang FoodPanda Terima RM1000, Pelanggan Minta Doakan Dirinya Dapat Zuriat
Sumber: Ikwan Yusup