Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Buletin

“Sabar Jelah..” Pemandu Naza Halang Laluan Ambulans Dalam Kecemasan Dikecam!

today12 March 2021

Background

Malam tadi tular satu video menunjukkan sebuah kereta yang dipercayai jenis Naza Forte telah menghalang perjalanan sebuah ambulans yang kecemasan. Video rakaman dash cam tersebut telah dikongsikan oleh pengguna TikTok, Azman Roy, ambulans tersebut yang pada mulanya berada di lorong kanan bagaimanapun terpaksa menukar laluan ke lorong tengah disebabkan jalan yang sesak.

Cubaan ambulans yang dipandunya untuk bergerak dengan lebih pantas terhalang disebabkan terdapat sebuah kereta Naza yang berada dihadapannya. Berbanding kenderaan lain yang dilihat bergerak ke bahagian tepi untuk memberikan laluan, kereta tersebut bagaimanapun langsung tidak berganjak walaupun lampu dan siren sudah pun dibunyikan.

@hikumi_85Sabarrr jer lahhhh… ##fyp ##ambulans♬ bunyi asal – Azman Roy760

Kereta berkenaan dilihat lebih berani apabila terus kekal di laluannya meskipun Azman berulang kali menyebut nombor pendaftaran kenderaan tersebut untuk memintanya untuk beralih ke tepi bagi membuka laluan. Difahamkan kejadian berkenaan berlaku semalam, 10 Mac 2021 di Lebuhraya Persekutuan ketika dalam perjalanan ke sebuah hospital yang terletak di ibu negara.

Tambah Azman, dia begitu berharap agar orang ramai lebih peka dan memberi ihsan kepada pasukan barisan petugas hadapan yang sedang bertugas kerana masalah seperti ini bukanlah pertama kali berlaku kepada mereka. Video berdurasi 50 saat telah menerima pelbagai reaksi daripada warganet dan rata-ratanya memberi komen kecaman. Ramai yang berpendapat bahawa kereta tersebut bersikap biadap dan langsung tidak ambil peduli dengan apa yang terjadi di sekeliling.

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Suami Bonda Rozita Takut Hospital, Ambulans Siap Datang Ambil Di Rumah

‘The King Of Road’ Myvi Langgar Ambulans Sehingga Terbalik

 

 

 

 

Sumber: TikTok Azman Roy

Written by: Adinna


Previous post

Gaya Hidup

[VIDEO] Dulu Viral Sebab Takut Makan Ubat, Sekarang Siap Dah Jadi Penolong Ketua Kelas

Baru-baru ini, Maya Zarra sekali lagi viral di laman Twitter menerusi sebuah video berbual bersama ibunya.Difahamkan, dia kini menjadi penolong ketua kelas dan bercerita kepada ibunya bagaimana dia mengendalikan pelajar-pelajar yang baik dan nakal.Apa yang lebih mencuri tumpuan ramai adalah cara Maya bercerita itu tidak nampak seperti budak darjah 2 kerana percakapannya sangat matang macam orang dewasa.Lihat video penuh tersebut di bawah:

today12 March 2021